Warkah YDP MPP UniMAP

>> Saturday, August 27, 2011


Assalamualaikum W.B.T & Salam 1Malaysia,



Setelah hampir sebulan kita berpuasa, melawan hawa nafsu dan melakukan amal ibadat dengan penuh tanggungjawab, kini tiba pulan bulan yang ditunggu-tunggu iaitu bulan syawal. Sememangnya 1syawal ditunggu akan tiba kerana ia adalah hari kita menyambut hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan dan meraikan selepas sebulan kita berpuasa. Semoga anda semua dapat menikmati hari raya ini dengan penuh kegirangan dan bergembira bersama seluruh keluarga.

Tidak dilupakan, negara kita sudah 54 tahun merdeka. Seharusnya jangan dilupakan saat indah ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memanjat kesyukuran kerana berada di negara yang aman makmur serta indah keadaannya. Semoga negara kita akan terus berada dalam keadaan begini hingga ke akhir zaman

Dalam kesempatan ini, saya Aminudin Anuar, Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 Universiti Malaysia Perlis ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua mahasiswa/siswi UniMAP, bakal mahasiswa/siswi UniMAP, staf-staf UniMAP,dan kepada seluruh masyarakat Malaysia.

Saya ingin memohon ampun dan maaf jika terdapat salah cakap, terkasar bahasa dan kesalahan perbuatan sepanjang perkenalan saya dan sepanjang perjuangan saya kali ini, harap dimaafkan dan diberi semangat agar dapat meneruskan perjuangan dalam mencapai matlamat yang utama.

Saya juga berharap agar anda semua berhati-hati ketika pulang ke halaman kampung masing-masing dan ketika mahu pulang ke Universiti Malaysia Perlis juga. Selain itu, saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada bakal mahasiswa Universiti Malaysia Perlis yang akan hadir untuk mendaftar diri di Perlis nanti. Pengorbanan anda untuk menjejak kaki dalam mencari ilmu diharapkan mendapat eredhaan Allah S.W.T.

Selamat hari raya Aidilfitri. Salam Kemerdekaan yang ke-54..
Sekian sahaja warkah saya pada kali ini. Semoga berjumpa lagi di lain masa. Jaga diri anda semua dan selamat maju jaya.

Wasalam.

Sekian.
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011.

Read more...

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

>> Friday, August 26, 2011

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,


Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 UniMAP mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dan Salam Kemerdekaan Ke-54 kepada semua Warga UniMAP dan masyarakat.

Semoga selamat tiba di destinasi yang dituju. Berhati-hati di jalan raya.


Sekian.
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011.

Read more...

Festival Konvokesyen Ke-6 (FestKon 6) UniMAP Platform Serlahkan Kepimpinan MPP

>> Wednesday, August 24, 2011


10 Ogos 2011, KANGAR – Festival Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kali ke Enam diharap mampu menjadi platform terbaik untuk menyerlahkan kepimpinan dan pengurusan kerja barisan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2010/2011 isamping ianya merupakan satu program tahunan yang berhasrat meraikan para graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka.
Ini adalah kerana, tanggungjawab penganjuran festival tersebut dipikul sepenuhnya oleh barisan  MPP termasuk dalam aspek mencari penajaan bagi membiayai penganjuran majlis dan pemilihan aktiviti.

Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UniMAP, En. Razli Ahmad berkata, sebagai generasi muda yang memegang jawatan tertinggi di peringkat mahasiswa, penglibatan MPP dan pelajar UniMAP secara langsung atau tidak membolehkan mereka mempelajari sesuatu yang berharga iaitu bidang pengurusan program secara praktikal.


Menurut beliau, melalui pendedahan sedemikian juga, pelajar pelajar tidak hanya tertumpu pada bidang akademik semata-mata namun berpeluang menyerlahkan bakat serta kebolehan mereka menguruskan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan mereka di kampus. Pengalaman ini dilihat mampu membentuk sikap,watak serta kualiti kepimpinan mereka sehingga mereka memasuki alam kerjaya nanti.


''Penglibatan sebegini membolehkan para mahasiswa berkomunikasi dengan pelbagai peringkat masyarakat samada dengan rakan mahasiswa sendiri, agensi dan syarikat bagi mendapatkan penajaan,  secara tidak langsung proses ini akan membuka ruang hubungan antara universiti dan mahasiswa dengan pihak-pihak luar," katanya.


Sementara itu, Yang Dipertua MPP UniMAP, Saudara Aminudin Anuar berkata, Festival Konvokesyen UniMAP untuk kali ke-6 akan berlangsung mulai 14 hingga 18 September 2011 di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis, bertemakan “Sedekad Gemilang”. Pemilihan tema ini dibuat berdasarkan pada tahun hadapan UniMAP akan merayakan 10 Tahun kewujudannya. Jesteru pada tahun ini, melalui pesta Konvokesyen ini pihak MPP berhasrat  wewar-warkan nilai 10 Tahun kewujudan UniMAP tersebut untuk dirasai bahangnya oleh seluruh warga UniMAP.


Ujarnya, pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang lima hari festival berlangsung antaranya Konvoi Konvo FestKon 6 UniMAP, Pertandingan Reka Cipta (3R) dan Mewarna, Pertandingan “Band @ Raya”, “Revolution of Dance” dan “Convo Photo Challenge”.


“Sebagai sebuah gedung ilmu dan milik masyarakat, MPP UniMAP juga akan menganjurkan program yang melibatkan masyarakat umum khususnya di Negeri Perlis ini  iaitu Pertandingan Memasak, Kempen Masyarakat Cegah Jenayah, Pertandingan Keluarga Ceria dan bayi comel serta program rakyat sihat rakyat prihatin,” katanya. Sehubungan itu beliau menyeru seluruh warga UniMAP khususnya serta masyarakat Perlis amnya supaya dapat bersama-sama mengunjungi Pesta Konvokesyen kali ke Enam (6) ini.


Untuk mendapatkan sebarang info tambahan mengenai Festival Konvokesyen UniMAP, bolehlah melayari laman web http://festkon6unimap.blogspot.com.


Sumber.

Read more...

Info Kolej Kediaman UniMAP 2011

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

 
Kepada Semua Penghuni Kolej Kediaman Yang Dikasihi, Pihak Pengurusan Kolej sentiasa memikirkan untuk buat Penambahbaikan Kolej. Cadangan amatlah dialukan. Beebrapa perkara telah diputuskan untuk semestar depan adalah seperti berikut:
  1. Semua Kolej Kediaman akan dipasang dengan ASTRO
  2. Beberapa Kolej Kediaman yang terpilih akan diadakan Bilik SEMINAR (Bergantung kepada ruang yang ada)
  3. Cafe Santai akan dibuka juga di beberapa kolej kediaman dahulu. Ini kerana kekangan ruang yang agak terhad.
  4. Penambahbaikan Sistem Cafeteria yang sedia ada.
Dan beberapa cadangan dalam perhatian Pengurusan Kolej. Pandangan daripada pihal penghuni amatlah dialukan dan marilah sama2 kita memartabatkan kolej.


KOLEJ KEDIAMAN TUN ABDUL RAZAK (KKB)
Penolong Pengurus Asrama    :           En Rizal
Tarikh Daftar Penghuni           :           Mulai 10 September 2011 (Sahaja)
Kedudukan Penghuni              :           Telah Ditetapkan Pengurusan KKB
Alamat Kolej Kediaman            :           Kangar (Taman Ira & Taman Bahagia)
Penghuni Kolej Kediaman        :           PPK Alam Sekitar, Bahan dan BioProses
                                                            (Perempuan)
Kapasiti Kolej Kediaman          :           680
Pertambahan / Perubahan      :           Kolej Kediaman Baru
Infrakstruktur  KKB                 :

TAMAN IRA
-          24 Buah Rumah Keseluruhan
-          Mampu menampung 288 Penghuni
-          2 Tingkat (3 Bilik Satu Rumah)
-          Satu Rumah = 12 Penghuni
-          Satu Bilik     = 4 Penghuni
-          Katil Double Decker
-          Meja Keseluruhan Di Luar Bilik
-          3 Bilik Air

TAMAN BAHAGIA

-          37 Buah Rumah Keseluruhan
-          Mampu menampung 392 Penghuni
-          3 Tingkat
-          Aras 1&2 = 3 Bilik
-          Aras 3 = 2 Bilik
-          Satu Bilik     = 4 Penghuni
-          Katil Double Decker
-          Meja Keseluruhan Di Luar Bilik
-          2 Bilik Air

Dilengkapi Meja, Almari Pakaian, Katil, Mesin Basuh RM 2, Bilik Rehat dan TV, Bilik Ping Pong, RO Water, Café UniMAP dan Surau



KOLEJ KEDIAMAN TUN HUSSEIN ONN (KKC)
Penolong Pengurus Asrama    :           Cik Mahzura
Tarikh Daftar Penghuni           :           Mulai 10 September 2011 (Sahaja)
Kedudukan Penghuni              :           Telah Ditetapkan Pengurusan KKC
Alamat Kolej Kediaman            :           Kampung Wai, Kuala Perlis
Penghuni Kolej Kediaman        :           PPK Bahan, Sistem Elektrik (Lelaki)
                                                            PPK MikroElektronik, Komputer &
                                                            Perhubungan, Sistem Elektrik (Perempuan)
Kapasiti Kolej Kediaman           :           920
Pertambahan / Perubahan      :           Tiada Perubahan
Infrakstruktur  KKC                 :

-          Satu Rumah = 8 Penghuni
-          4 Bilik Keseluruhan
-          Bilik 1 = 2, Bilik 2 = 3, Bilik 3 = 2, Bilik 4 = 1
-          Bilik 1,3,4 = Katil Single
-          Bilik 2 = Satu Katil Single dan Satu Double Decker
-          Meja Keseluruhan Di Luar Bilik
-          2 Bilik Air


Dilengkapi Meja, Almari Pakaian, Katil, Mesin Basuh RM 2, Bilik Rehat dan TV,  Gymnasium, RO Water, Café UniMAP, Koperasi, Mesin ATM, Padang Permainan, Dewan Serbaguna dan Surau



KOLEJ KEDIAMAN TUN MAHATHIR (KKD)
Penolong Pengurus Asrama    :           Puan Siti Hajar
Tarikh Daftar Penghuni           :           Mulai 11 September 2011 (Sahaja)
Kedudukan Penghuni              :           Telah Ditetapkan Pengurusan KKD
Alamat Kolej Kediaman           :           Kampung Wai, Kuala Perlis
Penghuni Kolej Kediaman        :           PPK MikroElektronik, Komputer &
                                                            Perhubungan, Sistem Elektrik (Lelaki)
Kapasiti Kolej Kediaman          :           Dalam Proses
Pertambahan / Perubahan     :           Tiada Perubahan
Infrakstruktur  KKD                 :

Rumah Kos Rendah
-          14 Buah Rumah Keseluruhan
-          Satu Rumah = 7 Penghuni
-          4 Buah Bilik
-          Bilik 1 = 3, Bilik 2 = 2, Bilik 3 = 2
-          Meja Keseluruhan Di Luar Bilik
-          2 Bilik Air

Rumah Kos Sederhana
-          46 Buah Rumah Keseluruhan
-          SatuRumah = 8 Penghuni
-          4 Buah Bilik
-          Bilik 1 = 3, Bilik 2 = 2, Bilik 3 = 2, Bilik 4 = 1
-          Meja Keseluruhan Di Luar Bilik
-          2 Bilik Air

Dilengkapi Meja, Almari Pakaian, Katil, Mesin Basuh RM 2, Bilik Rehat dan TV,  Gymnasium, RO Water, Café UniMAP, Koperasi, Mesin ATM, Padang Permainan, Dewan Serbaguna dan Surau (Kampung Wai)


KOLEJ KEDIAMAN TUN DR ISMAIL (KKE)
Penolong Pengurus Asrama    :           Puan Shatini
Tarikh Daftar Penghuni           :           Mulai 10 September 2011 (Sahaja)
Kedudukan Penghuni              :           Telah Ditetapkan Pengurusan KKE
Alamat Kolej Kediaman           :           Taman Semarak, Kuala Perlis
Penghuni Kolej Kediaman        :           PPK Mekatronik (Lelaki & Perempuan)
Kapasiti Kolej Kediaman          :           659
Pertambahan / Perubahan     :           Tiada Perubahan
Infrakstruktur  KKE                 :

Rumah Kos Rendah
-          Satu Rumah = 5 dan 6 Penghuni
-          3 Buah Bilik
-          Bilik 1 = 2, Bilik 2 = 2, Bilik 3 = 1 (5)
-          Bilik 1 = 2, Bilik 2 = 2, Bilik 3 = 2 (6)
-          Meja Keseluruhan Di Luar Bilik
-          2 bilik air

Rumah Kos Sederhana
-          SatuRumah = 8 Penghuni
-          3 Buah Bilik
-          Bilik 1 = 3, Bilik 2 = 3, Bilik 3 = 2
-          Meja Keseluruhan Di Luar Bilik
-          2 Bilik Air

Dilengkapi Meja, Almari Pakaian, Katil, Mesin Basuh RM 2, Bilik Rehat dan TV, RO Water, Café UniMAP, Padang Permainan, dan Surau (Taman Semarak)
 

KOLEJ KEDIAMAN TUN GHAFAR BABA (KKF)
Penolong Pengurus Asrama    :           Cik Syuhada
Tarikh Daftar Penghuni           :           Mulai 10 September 2011 (Sahaja)
Kedudukan Penghuni              :           Boleh Dipilih Sendiri
                                                           (First Come First Serve)-Tempah
Alamat Kolej Kediaman           :           Seberang Ramai, Kuala Perlis
Penghuni Kolej Kediaman        :           PPK Pembuatan “Ijazah”
                                                            (Lelaki & Perempuan)
Kapasiti Kolej Kediaman          :           422
Pertambahan / Perubahan     :           Penambahan 4 Penghuni di KKF Lama (Bilik Baru)
Infrakstruktur  KKF                 :

KKF Lama
-          Lelaki Dan Perempuan
-          Satu Rumah = 14 Penghuni
-          5 Buah Bilik
-          Bilik 1 = 2, Bilik 2 = 4, Bilik 3 = 4, Bilik 4 = 2, Bilik 5 = 2
-          Meja Keseluruhan Di Luar Bilik
-          2 Bilik Air

KKF Baru
-          Perempuan Sahaja
-          SatuRumah = 8 Penghuni
-          4 Buah Bilik
-          Bilik 1 = 1, Bilik 2 = 4, Bilik 3 = 2, Bilik 4 = 1
-          Meja Keseluruhan Di Luar Bilik
-          2 Bilik Air

Dilengkapi Meja, Almari Pakaian, Katil, Mesin Basuh RM 2, Bilik Rehat dan TV, RO Water, Café UniMAP, Koperasi, Padang Bola Sepak Pantai, Dewan Terbuka dan Surau (Seberang Ramai)


KOLEJ KEDIAMAN TUN FATIMAH (KKH)
Penolong Pengurus Asrama    :           Puan Fatimah Zahra
Tarikh Daftar Penghuni           :           Mulai 10 September 2011 (Sahaja)
Kedudukan Penghuni              :           Telah Ditetapkan Pengurusan KKH
Alamat Kolej Kediaman            :           Wang Ulu, Kangar
Penghuni Kolej Kediaman        :           PPK  Alam Sekitar, BioProses (Lelaki)
Kapasiti Kolej Kediaman          :           940
Pertambahan / Perubahan      :           Pertambahan Satu Penghuni
Infrakstruktur  KKH                 :

-          385 Lelaki dan 560 Wanita Pengambilan Baru serta SUKSIS
-          Satu Rumah = 7 Penghuni
-          3 Bilik Keseluruhan
-          Bilik 1 = 2, Bilik 2 = 2, Bilik 3 = 3
-          Bilik 1,2 = Katil Double Decker
-          Bilik 3 = Satu Katil Single dan Satu Double Decker
-          5 Meja Di Luar Bilik, 2 Meja Dalam Bilik 2
-          2 Bilik Air
-          Dobi di Aras Bawah setiap Wing

Dilengkapi Meja, Almari Pakaian, Katil, Mesin Basuh RM 2, Bilik Rehat dan TV,  Gymnasium, RO Water, Café UniMAP, Koperasi, Mesin ATM, Padang Permainan, Mini Gym, Taman Permainan, Gelanggang Sukan, Dewan Terbuka dan Surau (Wang Ulu)


KOLEJ KEDIAMAN TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI (KKI)
Penolong Pengurus Asrama     :           En Ridhwan
Tarikh Daftar Penghuni            :           Mulai 10 September 2011 (Sahaja)
Kedudukan Penghuni               :           Telah Ditetapkan Pengurusan KKI
Alamat Kolej Kediaman            :            Simpang Empat
Penghuni Kolej Kediaman        :            Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan &
                                                             Teknousahawan  (Lelaki & Perempuan)
Kapasiti Kolej Kediaman          :            Dalam Proses (Termasuk Pengambilan Baru)
Pertambahan / Perubahan      :            Tiada Perubahan
Infrakstruktur  KKI                  :            Tiada Perubahan

Sekian.
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011.

Read more...

Ar – Raeez Ungguli Pertandingan Nasyid Antara Jabatan Kali Ketiga Berturut-Turut

>> Tuesday, August 23, 2011

23 Ogos 2011, Kangar – Kumpulan Nasyid Ar-Raeez yang mewakili Jabatan Canselori Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sekali lagi muncul juara Pertandingan Nasyid antara Jabatan untuk kali ketiga berturut-turut selepas mengenepikan saingan dari 24 pasukan yang mengambil bahagian.

Pada pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Islam UniMAP dengan kerjasama Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mekatronik serta Komputer dan Perhubungan itu, Ar-Raeez Berjaya memukau sekalian hadirin dan juri dengan alunan suara dan persembahan hebat menerusi lagu “Hikmah Bulan Mulia”.

Dengan kejayaan itu, Ar-Raeez yang diketuai oleh Pereka Grafik UniMAP, En Bimazlim Bidin membawa pulang hadiah berupa piala iringan, bingkai ayat suci Al-Quran , sijil dan wang tunai RM 400.

Tempat kedua pula disandang oleh Kumpulan Soutul Bariah yang diwakili oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) manakala Kumpulan Kilauan Dinar dari Jabatan Bendahari  dipilih sebagai pemenang tempat ketiga.

Tempat kedua berjaya membawa pulang RM 300, piala iringan, sijil dan bingkai ayat suci Al-Quran manakala tempat ketiga pula menerima RM 200, piala iringan, sijil dan bingkai ayat suci Al-Quran.

Bagi kategori persembahan terbaik pula, barisan juri sepakat memilih Kumpulan Soutul Bariah dari Jabatan HEPA sebagai pemenang dengan hadiah berupa wang tunai RM100. Hadiah disampaikan Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen.Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP, Prof. Dr. Ismail Daut.















Sekian.
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011.

Read more...

Sepintas Lalu Taman Ira dan Taman Bahagia

>> Saturday, August 20, 2011

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,
 
Kepada semua pelajar-pelajar yang akan menginap di Kolej Kediaman Taman Ira dan Bahagia, Pihak Pengurusan sedang rancak membuat penambahbaikan kolej tersebut dan akan menyediakan prasarana yang sama dengan kolej-kolej lain. Buat masa ini, proses penambahabaikan fizikal dan keselamatan giat dilaksanakan dan kelengkapan rumah (Katil, tilam, almari, tikar getah dan sebagainya). Setiap bilik dikhaskan untuk 4 orang dan satu rumah ada 3 bilik, 3 bilik air dll. Kami akan uploadkan gambar dalam masa terdekat. Sekian Drp: Pengetua Kolej.
 
KOLEJ KEDIAMAN TUN ABDUL RAZAK (KKB)
Penolong Pengurus Asrama    : En Rizal
Tarikh Daftar Penghuni          : Mulai 10 September 2011 (Sahaja)
Kedudukan Penghuni             : Telah Ditetapkan Pengurusan KKB
Alamat Kolej Ked...
iaman      :  Kangar (Taman Ira & Taman Bahagia)
Penghuni Kolej Kediaman      :  PPK Alam Sekitar, Bahan dan BioProses
(Perempuan)
Kapasiti Kolej Kediaman        :  680
Pertambahan / Perubahan       :  Kolej Kediaman Baru
Infrakstruktur  KKB               :
Dilengkapi Meja, Almari Pakaian, Katil, Mesin Basuh RM 2, Bilik Rehat dan TV, Bilik Ping Pong, RO Water, Café UniMAP dan Surau. Perjalanan hanya 5 minit dari Kangar.
 
Taman Ira Jaya 
- 24 Buah Rumah Keseluruhan
- Mampu menampung 288 Penghuni
- 2 Tingkat (3 Bilik Satu Rumah)
- Satu Rumah = 12 Penghuni
- Satu Bilik     = 4 Penghuni
- Katil Double Decker
- Meja Keseluruhan Di Luar Bilik
- 3 Bilik Air
 



 


Taman Seri Bahagia
-          37 Buah Rumah Keseluruhan
-          Mampu menampung 392 Penghuni
-          3 Tingkat
-          Aras 1&2 = 3 Bilik
-          Aras 3 = 2 Bilik
-          Satu Bilik     = 4 Penghuni
-          Katil Double Decker
-          Meja Keseluruhan Di Luar Bilik
-          2 Bilik Air




Untuk pertanyaan lanjut sila berbuat demikian di ADUAN KOLEJ KEDIAMAN UniMAP dan SEBARANG MASALAH DENGAN KEDIAMAN

Sekian.



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP