Resolusi Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT 2011

>> Wednesday, November 16, 2011


1. Memberi keistimewaan dan menaik taraf ekonomi golongan berpendapatan rendah.

2. Memecahkan masalah jurang ekonomi antara lapisan masyarakat dengan memperkasakan pembelian barangan buatan tempatan dan mempertingkatkan bidang pertanian.

3. Penglibatan mahasiswa dalam audit universiti dan perbelanjaan aktiviti mahasiswa.

4. Membuka lebih banyak kuota kepada pelajar IPTS melanjutkan pembelajaran di IPTA.

5. Peranan media untuk menapis filem dan sebagai ejen ilmiah.

6. Mewujudkan jaringan antara universiti dengan sektor yang berkepentingan.

7. Pemurniaan semula sukatan belajar sejarah dengan memperkasa rukun negara.

Resolusi ini telah dibincangkan oleh para perwakilan dari 20 IPTA dan dan hampir 10 IPTS seluruh Malaysia (hampir 500 perwakilan termasuk 15 perwakilan dari UniMAP) dalam sidang meja bulat dan pleno serta sesi diskusi perwakilan.

Resolusi ini telah disampaikan kepada Dato’ Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi pada akhir konvensyen.

Semoga resolusi ini diberi perhatian oleh pihak kementerian dan kerajaan dalam menggubal undang2 dan dalam perlaksanaan agenda pembangunan pada masa akan datang.

Sekian.
Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP Sesi 2010/2011.

Read more...

Panduan Solat Qasar Dan Jama'

>> Tuesday, November 15, 2011





Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:


1.0 Solat Qasar


1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.


1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”


ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?”


Lalu beliau menjawab,
“Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)


1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.


1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.


1.5 Contoh Niat


أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala


2.0 Solat Jama


2.1 Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.


2.2 Syarat Solat Jama’


2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertamasebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).


2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.


2.3 Contoh Niat


2.3.1 Jama’ Taqdim


i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat


أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala


ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar


أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)


2.3.2 Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat


أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala


ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar


أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala


Sekian.
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011.

sumber: http://www.e-solat.gov.my/solahBM.php

Read more...

Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT 2011

>> Friday, November 11, 2011

Seramai 15 orang pemimpin pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK), dan wakil Kelab/Persatuan telah menyertai Konvensyen Pemimpin Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2011 yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Program adalah anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dengan kerjasama UTM berlangsung dari 10-13 November 2011.

Sekian,
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011.

Read more...

MAJLIS PENGAMBILAN AHLI BARU PSSCM UniMAP 2011

>> Monday, October 24, 2011



24 Oktober 2011 bertempat di Dewan Terbuka Wang Ulu, satu majlis besempena pengambilan ahli baru Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) UniMAP 2011 telah diadakan oleh Persatuan Seni Silat Cekak UniMAP. Majlis yang bermula pada  8.00 malam telah dihadiri oleh Naib Yang Dipertua PSSCM Cawangan Perlis iaitu Prof Madya Khairul Anuar bin Subari, Ustaz Muhamad  Shabudin bin Mohd Noor selaku penasihat PSSCM UniMAP, En Junaidi b. Mohd Noor , wakil dari cawangan perlis, wakil daripada MPP dan MPKK UniMAP, ahli PSSCM dan pelajar-pelajar UniMAP. Majlis berjalan lancar dengan persembahan khas daripada ahli PSSCM, sketsa, tayangan slide aktiviti tahunan 2010, demo penerangan silat dan juga demo silat oleh ahli PSSCM. Majlis diakhiri dengan aktiviti penyampaian cenderamata kepada tetamu kehormat dan juga disudahi dengan nyanyian lagu Warisan Mutlak.

Sekadar untuk perkongsian:-

Pantang larang silat cekak
  1. Tidak boleh derhaka pada guru.
  2. Tidak boleh derhaka pada ibu.
  3. Tidak boleh derhaka pada bapa.
  4. tidak boleh bergaduh bersama ahli.
  5. tidak boleh mencaci rupa silat melayu asli yang lain
MISI PSSCM
  • Memimpin dan membentuk ahli-ahli PSSCM khususnya dan orang melayu amnya supaya bersatu untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.
VISI PSSCM
  • Mendaulatkan seni silat melayu yang asli, khususnya silat cekak Malaysia dan membersihkan segala tahyul dan khurafa yanf tidak sesuai dengan i'tiqad islam.

*Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan pengambilan ahli baru PSSCM UniMAP bolehlah menghubungi :-
Ismail           : 019-5944157
Wan Akmal  : 013-6359835 

 Antara gambar sepanjang majlis berlangsung 
Pameran PSSCM

Pameran PSSCM
Persembahan khas daripada ahli PSSCM

Persembahan daripada ahli PSSCM

Ucapan daripada Pengarah Pogram En Muhammad Saiful b. Muhammad Hatta

Antara babak yang terdapat dalam sketsa

Tetamu jemputan yang turut hadir

Demo silat oleh ahli PSSCM

Demo  silat oleh ahli PSSCM

Demo silat oleh ahli PSSCM

Taklimat demo silat daripada En Firdaus bin Ishak, wakil cawangan Perlis

Ucapan daripada En Amirul Faiz selaku wakil daripada MPKK

Ucapan daripada En Farhan selaku wakil daripada MPP

Ucapan daripada Prof Madya Khairul Anuar Bin Subari selaku Naib Yang Dipertua PSSCM Cawangan Perlis

Ucapan daripada Ustaz Muhammad Shabudin Bin Mohd Noor selaku Penasihat PSSCM UniMAP

Perasmian PSSCM

Penyampaian cenderamata kepada  tetamu kehormat


Antara Ahli PSSCM

Read more...

Sesi Dialog MQA Bersama Wakil Pelajar IPT Zon Utara 2011

>> Saturday, October 15, 2011

Pada 23 September 2011 bertempat di UiTM Penang seramai tiga (3) orang wakil UniMAP, iaitu terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar,MPP Sesi 2010/2011 (Eu Kwang Shenq, siti Arinah Binti ahmad dan Siti zubaidah Binti Aziz) telah mengikuti Sesi Dialog Malaysia Qualification Academy (MQA) Bersama Wakil Pelajar IPT Dengan IPT Zon Utara. Anggaran seramai 200 orang peserta yang mengikuti program ini iaitu terdiri daripada mahasiswa/i dari IPTA/S zon utara.

                     Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan daripada wakil MQA dan pengarah program dan diteruskan pula dengan ceramah ringkas daripada Dato’ Said Ahmad bin Hussin selaku Ketua Executive MQA merangkap mantan Timbalan Naib Cancelor Akademik Universiti Sains Malaysia. Walaupun sesi dialog bersama Dato’ hanya memakan masa hampir 3 jam, tetapi penyampaian yang santai dan padat dengan maklumat serta penerangan bagi menjawab persoalan yang dikemukakan amat memuaskan hati para peserta.

                     Diharap program sebegini dapat diadakan lagi pada suatu masa kelak untuk pencerahan yang lebih jelas terutamanya berkenaan masalah akreditasi.

Read more...

Seminar Transformasi Sistem Pengurusan Islam 2011

Seminar Transformasi Pengurusan Islam 2011 merupakan program yang dianjurkan oleh Pejabat Penasihat Agama kepada Perdana Menteri dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia. Program ini telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama 3 hari di mana perasmian program yang berlangsung pada malam 30 September 2011 telah dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. UniMAP telah menghantar seramai 6 orang wakil di kalangan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk menghadiri program tersebut iaitu Sarinah Binti Jamil, Siti Arinah Binti Ahmad, Walisah Binti Laiji, Syazwani Binti Nazri, Waffy Bin Nasrudin dan Mohd Syazwan Bin Daud.

            Antara aspek yang dibincangkan sepanjang berlangsungnya seminar ini ialah islam dari segi pendidikan, perundangan dan ekonomi. Antara aktiviti yang dianjurkan sepanjang seminar ini ialah forum dan pembentangan kertas kerja dari wakil institusi. Para peserta juga berpeluang mengemukakan persoalan berkaitan untuk pencerahan bersama.

            Harapan semoga program seperti ini yang lebih mendedahkan diri mahasiswa/i UniMAP dengan sistem pengurusan islam di Malaysia dapat diteruskan pada masa akan datang dan seterusnya bersama-sama membantu pembangunan ummah di Malaysia.   

Read more...

Training Of Trainers Rakan GGCR IPT (Gerak Gempur Cetak Rompak )

>> Friday, October 14, 2011


Pada 23-25 September 2011 bertempat di Intekma Resort,Uitm Shah Alam telah diadakan satu program iaitu Training Of Trainers Rakan GGCR IPT (Gerak Gempur Cetak Rompak ). Pelbagai pengalaman dan perkongsian yang diperoleh selama menyertai program tersebut. Seramai 34 penuntut dari 13 institusi pengajian tinggi (IPT) telah  menyertai program selama tiga hari anjuran KPDNKK dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pengajian Tinggi. Wakil dari UniMAP adalah terdiri daripada dua orang wakil MPP iaitu Muhammad Syazwan dan Nurul Shahzreenah.Pada hari pertama kami telah  dibawa melawat ke KRU STUDIOS untuk sesi lawatan sambil belajar.


Untuk makluman, Kempen GGCR telah bermula pada Mei hinga Dis 2010.  Umum mengetahui bahawa negara berdepan dengan masalah cetak rompak yang serius dan  sukar  dibendung. Justeru,Kerajaan dan pihak KPDNKK telah melancarkan Kempen Membanteras Cetak Rompak ( Beli Ori,Jom Tulen) untuk membasmi gejala cetak rompak dan tiruan yang makin meruncing di negara kita.


Menurut Norman KRU semasa sesi diskusi bersama panel jemputan pada hari kedua program, untuk keluar dari masalah ini, kita memerlukan kesedaran kebersamaan. Rakyat Malaysia perlu berfikir secara mentaliti kelas pertama untuk mencapai  dunia kelas pertama sejajar dengan wawasan 2020. Sesi perbincangan dan luahan kekesalan dan kebimbingan  secara directly, dari seorang karyawan seni (Norman KRU) adalah satu "sharing experiences" and also good input  yang mana  dirasakan sangat-sangat berkesan kerana pihak penganjur menampilkan individu yang betul di situasi yang betul.

Hargai nilai dan usaha pemilik asal sesuatu karya."Selami hardship of industry",itu pesan beliau kepada peserta-peserta program. Sedarkah kita bahawa golongan remaja dan belia merupakan PENYUMBANG TERTINGGI  kepada elemen permintaan dan penawaran industri cetak rompak dan barang tiruan.

 Juga dikongsikan sedikit input untuk tambahan ilmu, Selamat Membaca!

Apa itu Hak Cipta?

Hak Cipta adalah hak eksklusif yang diberi oleh undang-undang kepada pencipta karya/pemegang hak cipta untuk mengawal karya mereka.
Perlindungan Hak Cipta di Malaysia dikawalselia di bawah Akta Hak Cipta 1987.

Karya-karya yang layak mendapat perlindungan hak cipta adalah termasuk Karya Sastera& terbitan, Karya Filem,Karya Muzik,Rakaman Bunyi,Karya Seni dan Siaran.

Apa itu Cetak Rompak?

Meniru/membuat salinan keatas sesuatu produk/karya tanpa mendapat keebenaran daripada pencipta karya/pemegang hakcipta.

Secara amnya barangan cetak rompak boleh dikenali berdasarkan :Harga jualan yang lebih murah daripada harga sebenar pasaran,penjualan di pasaran terbuka,pembungkusan yang tidak sempurna, dan kualiti yang rendah.

Kesan Penggunaan Barangan Cetak Rompak
1-Membantutkan pengembangan idea-idea kreatif baru.
2-Mengurangkan royalti yang layak diterima oleh pencipta karya/pemegang hakcipta.
3-Mencemarkan imej negara.
4-Mengurangkan pendapatan cukai negara.


*Muat turun (downloading/uploading /file sharing ) untuk tujuan perniagaan adalah juga  satu kesalahan/jenayah.


Sebarang aduan boleh disalurkan melalui :
Emel : e-aduan@kpdnkk.gov.my
Laman Web : http :// eaduan.kpdnkk.gov.my
Info : Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK)

antara gambar-gambar sepanjang program tersebut:-
Para peserta program

peserta bersama pegawai dari KPDNKK untuk sesi temuramah bersama surat khabar KOSMO dan TV9

Wakil dari MPP UniMAP (Syazwan dan Nurul)

Di dalam Audio Room

Penerangan mengenai Audio,musik video,filem,editing, video klip dan lain-lain oleh En Gas

kerja-kerja Audio-recording yang dikelola oleh En Reza

Kerja-kerja editing yang dilakukan oleh En Helmi


Semasa di dalam Animation and Graphic Room..(KRU Studios menggunakan 100% tenaga kerja untuk CGI daripada indonesia

Penerangan oleh Cik Yanie Johari selaku Promotions Executive Retail Marketing Division for KRU Studios

Bersama semua peserta program semasa di KRU Studios

Cik Kala Devi Kailasam dari Unit Kajian Siasatan & Pendakwaan Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK)

Ceramah 1(Kempen Membanteras Cetak Rompak)  oleh Cik Kala Devi

En Abdul Kadir memberi taklimat berkenaan ceramah 2 : Penguatkuasaan dalam perlindungan harta intelek

Panel jemputan En Abdul Kadir Al Jailani B. MOhd Shariff (bahagian penguatkuasa KPDNKK)


(Tuan Fahmi,bahagian penguatkuasaan KPDNKK, Norman KRU dan En Sarvin dari BSA)

En Norman dari KRU Studious

Sesi diskusi bersama panel jemputan, dalam tajuk "isu dan cabaran dalam perlindungan harta intelek"

cenderahati daripada KPDNKK kepada ahli panel jemputan

kumpulan 2


Sesi pembentangan

Peserta program

Read more...

8TH Asian Youth Congress

>> Thursday, October 06, 2011



18HB SEPTEMBER 2011
            Penerbangan dari KLIA (Kuala Lumper International Airport) ke Indira Ghandi International Airport New Delhi pada pkul 8.40 pagi. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Pada pukul 2.00 petang waktu Malaysia sampai di New Delhi. Jam di New Delhi adalah pukul 12.00 tengahari. Selepas selesai pemeriksaan kastam dan imegresen, mendaftarkan diri untuk penerbangan ke Paro, Bhutan ke kaunter Drukair, syarikat penerbangan ke Bhutan sahaja. Namun, mendapat penerangan dari pihak Drukair menyatakan bahawa penerbangan ke Paro ditunda atas sebab cuaca yang agak teruk. Berjumpa dengan peserta-peserta lain di tempat menunggu penerbangan dari pelbagai negara,terdiri daripada  Singapura, Vietnam, Malaysia, Pakistan, Sri Lanka, India, Afghanistan, Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam, Maldive, Thailand, Amerika Syarikat, dan Nepal. Pihak Drukair memberitahu bahawa penerbangan pada hari ini tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab keadaan cuaca di Bhutan dan penerbangan hanya boleh dilakukan pada keesokan hari pada jam 6.30 pagi. Semua peserta dibawa ke sebuah restoran di lapangan terbang untuk berehat seketika dan pada petangnya kami dibawa ke Hotel Ashooka di New Delhi untuk berehat semalaman sebelum berangkat ke Paro keesokkan harinya.

19HB SEPTEMBER 2011
            Pada jam 4.30 pagi, semua peserta 8th Asian Youth Congress yang terdiri dari 14 buah negara bergerak dari Hotel Ashooka ke Indira Ghandi International Airport untuk penerbangan ke Bhutan. Segalanya berjalan dengan lancar dengan pemeriksaan kastam dan imegresan. Pada jam 6.30 pagi, penerbangan diteruskan ke Paro, Bhutan. Penerbangan ini mengambil masa 2 jam untuk smpai ke Paro. Selamat tiba di Paro pada jam 8.45 pagi. Wakil dari Bhutan Narcotic Control Agency, miss Dorji telah menyambut kesemua peserta antarabangsa di lapangan terbang. Untuk ke Thimphu, perjalanan memerlukan menaiki bas dan perjalanan dari Paro ke Thimphu mengambil masa selama 2jam. Tiba di Thimphu pada jam  dan menginap di Jambayang Resort, Thimphu. Kemudian bergerak ke Bhutan Youth Development Hall, tempat kongres diadakan. Majlis perasmian diadakan dan dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Bhutan. Peserta dari luar negara adalah seramai 28 orang manakala peserta dari Bhutan terdiri dari pelajar sekolah seluruh Negara Bhutan seramai 80 orang. Selain itu, wakil dari kaunselor belia dari Bhutan Narcotic Control Agency seramai 15 orang. Selepas tamat majlis perasmian, program diteruskan dengan pembentangan dari 5 buah Negara mengenai program pencegahan penyalahgunaan dadah oleh belia. Selepas selesai sesi pembentangan oleh 5 buah Negara, sesi pada waktu petang tamat. Pulang ke resort untuk makan dan kembali ke Bhutan Youth Development Hall pada waktu malam untuk sesi seterusnya. Pada malam, sesi pengenalan kepada undang-undang dan pengenalan kepada bahaya dadah dijalankan dan sesi ini dikendalikan oleh Encik Tay Bian How dari Malaysia. Selepas tamat sesi, progam selesai dan kembali pulang ke resort.
 
20HB SEPTEMBER 2011
Program bermula pada jam 8.30pagi. aktiviti pertama yang dilakukan ialah ‘recap’ atau bincang semula sesi yang telah dijalankan sebelum ini. Setelah tamat perbicangan, semua peserta dipecahkan kepada 4 buah kumpulan. Setiap kumpulan akan dikendalikan oleh seorang mentor tentang latiahn kemahiran hidup atau ‘life skill training’. 4 buah kumpulan akan berbicang mengenai beberapa tajuk iaitu kemahiran komunikasi (communication skill), kemahiran membuat keputusan (decision making skill), pengurusan stress (stress management), dan kemahiran keengganan ( refusal skill). Kemudian sesi pembentangan oleh speaker undangan, Ms. Farheen Siddhique, Mr. Thomas Scaria, Ms Dinchen Choden, dan Ms Shella Marquez. Selepas tamat sesi perbincangan dan pembentangan, pulang ke resort untuk persiapan malam kebudayaan. Bergerak kembali ke Bhutan Youth Development Hall pada jam 7.30 malam untk program malam kebudayaan. Program malam kebudayaan mempersembahkan tarian dan nyanyian oleh wakil dari Negara yang menyertai program ini. Program tamat pada jam 11 malam.

21HB SEPTEMBER 2011
            Program pada hari ini diteruskan dengan lawatan ke Punakha. Bertolak dari resort dengan menaiki bus pada jam 7.30 pagi dan meneruskan perjalanan selama 2 jam untuk sampai ke Punakha. Di Phunakha terdapat sebuah kuil Buddha. Peserta dibawa melawat ke setiap kawasan kuil terbabit. Terdapat kesan runtuhan akibat gempa bumi yang berlaku pada 18hb September yang lalu. Selepas tamat melawat kuil tersebut, perjalanan diteruskan ke sebuah kawasan berdekatan sungai untuk makan tengahari. Setelah selesai makan tengahari dan bergambar, semua peserta dibawa pulang ke Thimphu.

22HB SEPTEMBER 2011
            Program bermula pada jam 8.30 pagi dengan sesi perbincangan mengenai program yang telah dijalankan sebelum ini. Program diteruskan dengan sesi pembentangan oleh 10 buah Negara berkenaan tajuk yang diberikan, Youth Led initiatives in Drug Prevention. Setelah tamat sesi pembentangan, program diteruskan dengan sesi perbincangan dalam kumpulan. Semua peserta dipecahkan kepada 3 buah kumpulan dan akan membincangkan tentang hala tuju dan tidakan yang akan dijalankan selepas ini. Selain itu juga terdapat perbincangan deklarasi yang akan dibuat oleh semua peserta kongres pada kali ini.  Setiap kumpulan membentangkan hasil perbicangan dan hasil dari perbincangan itu dimasukkan kedalam deklarasi congress belia pada kali ini. Pada waktu petang,persiapan bagi upacara majlis penutupan dijalankan. Malis penutup bermula pada jam 8.00 malam dan majlis ini dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Bhutan. Deklarasi Kongress pada kali ini juga dibacakan dihadapan wakil menteri Bhutan. Upacara yang dinanti-nantikan tiba iaitu pengunguman anugerah remaja antarabangsa. Pemenang pada kali ini dimenangani oleh Mr. Mohamed Azmel dari Maldives. Majlis tamat pada jam 9.30 malam. Pukul 11 malam, semua peserta pulang ke resort.

23HB SEPTEMBER 2011
            Persiapan untuk pulang ke destinasi masing-masing. Pada jam 5.00 pagi, bas bergerak dari Thimphu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Paro, Bhutan. Penerbangan dari Paro ke New Delhi adalah pada pukul 8.25 pagi. Penerbangan mengambil masa 2 jam. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi, New Delhi pada jam 10.25 pagi. Selepas selesai pemeriksaan Imegresen dan Kastam, daftar semula untuk menaiki penerbangan pulang ke Malaysia pada jam 12.45 tengahari. Penerbangan mengambil masa 5 jam. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 8.45 malam waktu Malaysia.

RUMUSAN
            Program yang dianjurkan oleh Colombo Plan Drug Advisory Programme(CPDAP) berkolaborasi bersama Kementerian Belia dan Sukan Bhuta, dibawah Kementerian Pelajaran dan juga Bhutan Narcotic Control Agency ini amat menekankan mengenai masalah dadah yang berlaku disetiap Negara. Program ini ditaja oleh Bureau for International Narcotics & Law Enforcement Afairs (INL), U.S Department of state. Pendedahan yang diberikan kepada setiap peserta yang terdiri dari wakil Negara yang trlibat dan juga pelajar sekolah dari seluruh Negara Bhutan untuk bersama-sama memerangi masalah penyalahgunaan dadah yang berleluasa. Dengan bertemakan “Together We Can”, setiap peserta bersama-sama berganding bahu dalam menyelesaikan setiap arahan dan tugasan yang diberikan. Program ini mampu mmbuka ruang dan menambah ilmu pengetahuan dengan lebih banyak dan bermanfaat.
Sekian.
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP