Makluman Bantuan Banjir Kepada Pelajar UniMAP

>> Thursday, March 31, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP (MPP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Kolej Kediaman (MPKKG dan MPKKH) telah mengagihkan sumbangan makanan kering kepada penghuni KKG petang tadi dan akan mengagihkan sumbangan tersebut kepada penghuni KKH pada malam ini yang telah terputus hubungan dengan luar semenjak pagi tadi. Moga para siswa/i dapat bersabar dengan situasi ini.

Sekian,

Harap Maklum.

Sumber: Ketua Penerangan MPP

Read more...

Gambar Bencana Banjir Sekitar Pekan Perlis

Pemandangan sekitar Pekan Kangar pada petang Khamis (31/03/2011). Paras air semakin meningkat di beberapa kawasan. Para pelajar dinasihatkan agar menjaga keselamatan diri dan harta benda masing-masing.

Persimpangan di hadapan kedai Komputer Libra

Kedai Komputer Libra


Perodua Kangar

Paras air sungai di Pekan Kangar

Sempat lagi posing



Esso bersebelahan kedai Komputer Libra


Read more...

Update Terkini 31/03/2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

HEBAHAN KEPADA SEMUA STAF AKADEMIK & PELAJAR,

Untuk makluman, Y. Bhg. Dato’ Naib Canselor telah mengarahkan agar semua kuliah, makmal dan aktiviti akademik dijalankan semula seperti biasa bermula pada hariIsnin, 04.04.2011.

PENUNDAAN KULIAH KOKURIKULUM DAN BADAN BERUNIFORM PADA MINGGU INI (2 & 3 APRIL 2011)

Semua kuliah Kokurikulum dan Badan Beruniform pada hari Sabtu dan Ahad ini telah DITUNDA sehingga diberitahu kelak lanjutan daripada musibah yang telah melanda negeri Perlis.

Semua pelajar Badan Beruniform (Degree & Diploma) dikehendaki melapor diri di Bilik Gerakan MPP di kolej-kolej kediaman masing-masing dengan KADAR SEGERA. Mohon rujuk lampiran di dalam emel.

Sekian, harap maklum.

Sumber: http://studentmail.unimap.edu.my

Read more...

Seminar Resume Bergaya - Temuduga Cemerlang

Read more...

Program Khidmat Masyarakat Bencana Banjir UniMAP

>> Wednesday, March 30, 2011

Tarikh: 31/03/2011 (Khamis)

Masa Berkumpul: 8:15 pagi

Pakaian : T-shirt Kuning Biru

Tempat: Sekolah Dato Sheikh Ahmad, Arau


Tuanku Canselor akan mencemar duli turut serta dalam gotong royong perdana berkenaan.


Kepada pelajar yang ingin turut serta diminta berkumpul di tempat menunggu bas Kolej Kediaman Kampung Wai atau Wang Ulu sahaja pada jam 8:15 pagi. Sebarang masalah atau pertanyaan boleh menghubungi Majlis Perwakilan Pelajar.

Read more...

Makluman Berkaitan Banjir

UniMAP telah membuka bilik gerakan bencana banjir di Seriab. Segala maklumat terbaru akan dimaklumkan dari masa ke masa. Kepada yang berminat menyertai sukarelawan bencana banjir, sila daftarkan diri di bilik gerakan banjir Kolej Kediaman Wg Ulu atau Kg Wai atau kepada mana-mana Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP.


Daripada keputusan mesyuarat tergempar banjir yang dipengerusikan Dato NC pada tengah hari tadi, kelas P&P hari ini (30/3) dan esok (31/3) ditangguhkan kerana implikasi banjir bukan sahaja kepada mahasiswa/i tetapi juga melibatkan staf akademik dan pengurusan.


Amaran Hujan Lebat (Peringkat Kuning) yang telah dikeluarkan pada 9.11 pagi, 29/3/2011 ditingkatkan kepada Amaran Hujan Lebat (Peringkat Jingga). Hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang berlaku di negeri Perlis dan Kedah dijangka berterusan sehingga Rabu, 30 Mac 2011. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir kilat di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah dan berdekatan tebing-tebing sungai. - Jabatan Meteorologi Malaysia, MOSTI.


Para mahasiswa/i diingatkan agar menjaga keselamatan diri, harta benda dan menjauhi kawasan2 yang berisiko tinggi dilanda banjir.


Sekian, harap maklum.

Read more...

Devotees Bertemu Peminat

>> Saturday, March 26, 2011

Read more...

Ucaptama Yang Dipertua Majlis Perwakilan pelajar 2010/2011

>> Monday, March 21, 2011

Mengadap ke bawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis merangkap Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shahren Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis yang juga Pro Canselor UniMAP.


Ampun Tuanku sembah patik mohon diampun,


Adalah patik dengan segala hormat takzimnya, memohon ampun merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli-duli Tuanku mencemar Duli berangkat ke Majlis penyerahan watikah perlantikan dan angkat sumpah jawatan ahli majlis perwakilan pelajar unimap. Ampun Tuanku, patik memohon izin dan limpah perkenan Tuanku untuk patik memberi sepatah dua kata kepada para hadirin.


Ampun Tuanku,


Yang berusaha pengacara majlis, Yang berbahagia BRIGEDIER JENERAL DATO’ PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, Naib cancelor Unimap. Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan, Yang Diraikan Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011, Yang Diraikan Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010, Mantan ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi-sesi yang lalu serta semua Yang Dipertua Persatuan Pelajar dan Majlis Kolej Kediaman. Terlebih dahulu marilah kita bersama memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis pelantikan watikah majlis perwalan pelajar sesi 2010/2011 ini.


Hadirin sekalian,


Kewujudan MPP adalah untuk membantu para pelajar dalam menyampaikan luahan dan suara pelajar ke peringkat pengurusan dengan lebih efektif dan berkesan. Diatas tanggungjwab itu, MPP dilantik dari setiap pusat pengajian kejuruteraan (PPK) perlu memainkan peranan dengan lebih efektif tentang bagaimana cara yang terbaik untuk menyuarakan suara pelajar dengan lebih berkesan. Oleh itu, tanggungjwab yang diberikan wajib dilaksanakan dengan penuh amanah seta bersungguh-sungguh agar kesuitan pelajar dapat diselesaikan dengan berhemah dan berhikmah.


Selain daripada membantu para pelajar, MPP juga berperanan sebagai perancang dan pengerak kepada aktiviti-aktiviti universiti. Dengan hrapan yang bersemangat dari MPP unimap, saya selaku yang dipertua mengharapkan MPP yang dipilh oleh para pelajar dapat melaksanakan amanah dgn penuh tanggungjwab , berdedikasi dan professional tanpa mengabaikan akademik utamanya.


Dengan memikul tanggungjwab dan amanah yang berat, MPP perlu sntiasa bergerak dibarisan hadapan para pelajar sebagai seorang pemimpin pelajar. MPP perlu sntiasa memupuk rasa berkerjasama, dan menjaga tatsusila agar amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dgn lebih baik dan yang paling penting,setiap usaha yang dilakukan mendapat keredhaan Allah taala. Barisan MPP berbesar hati dan menyokong hasrat universiti, khususnya pihak jabatan hal ehwal peljar dan alumni dalam memperkasakan aktivtiti pelajar seterusnya menaikkan nama Unimap dipersada antarabangsa mahunya.


Ampun Tuanku sembah patik mohon diampun,


Sekian sahajalah ucapan patik pada malam ini. Bagi mengakhiri ucapan patik ini, patik bagi pihak Universiti Malaysia Perlis sekali lagi merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli Tuanku merasmikan Majlis penyerahan watikah perlantikan dan angkat sumpah jawatan ahli majlis perwakilan pelajar unimap.


Ampun tuanku.,


Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Terima Kasih.


AMINUDIN BIN ANUAR

YANG DIPERTUA

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2010/2011

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

Read more...

PEMBANTU PELAJAR MINGGU SUAIKENAL SIDANG AKADEMIK 2011/2012

>> Monday, March 14, 2011


Sekiranya anda berminat untuk membantu pihak universiti bagi menjayakan Program Minggu Suaikenal Sidang Akademik 2011/2012 pada bulan Julai nanti, dapatkan borang permohonan sebagai Pembantu Pelajar Minggu Suaikenal di pejabat Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni ataupun dengan melayari Laman Web UniMAP ( Klik Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni -Laman HEPA@UniMAP - Borang-Borang Permohonan ). Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dihantar kepada Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni untuk perhatian En. Mohamad Hafiz b. Mohamad Shokri selewat-lewatnya pada 25 MAC 2011. TERHAD kepada 200 orang pelajar. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian 04-9851370.

Syarat utama:
  • Siswa/siswi mestilah mempunyai komitmen dan kesungguhan dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang akan dianjurkan oleh jabatan ini khasnya dan amnya UniMAP.
Jika anda layak untuk menjadi PPMS, hantarkan seberapa segera borang permohonan.

Read more...

Jom Daftar Sebagai Pemilih


Tarikh: 14 dan 15 Mac 2011 (Isnin & Selasa)

Tempat:
  • Dewan Serbaguna Kg Wai
  • Dewan Terbuka Wang Ulu

Tarikh: 16 dan 17 Mac 2011 (Rabu & Khamis)

Tempat:
  • Kafetaria Taman Semarak
  • Dewan Terbuka KKI (Simpang Empat)

Masa: 8.30 - 10.00 malam
Sila bawa bersama kad pengenalan

Undi anda penentu masa depan negara.




Read more...

Watikah Perlantikan MPP 2010/2011

>> Tuesday, March 08, 2011



PADANG BESAR 6 Mac - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dinasihatkan supaya membebaskan pemikiran daripada belenggu unsur-unsur jumud, sebaliknya mereka perlu membina keyakinan diri di kalangan pelajar bagi menghadapi pelbagai cabaran pada masa akan datang.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bagi mencapai hasrat itu, di sebalik tanggungjawab memelihara kebajikan dan mengukuhkan perpaduan pelajar, MPP semestinya merangka serta melaksanakan program pembangunan insan.

"Ini termasuk meningkatkan pengetahuan dan keterampilan mahasiswa, penerapan nilai-nilai murni, menanam sikap positif dan budaya cemerlang, kemahiran kepimpinan, semangat jati diri dan integrasi antara kaum," titah baginda.

Baginda yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah demikian pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan MPP UniMAP Sesi 2010/2011 di Timah Tasoh Lake Resort, di sini malam tadi.



Berangkat sama ke majlis tersebut ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro Canselor UniMAP. Turut hadir, Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Husin. Sehubungan itu, titah baginda, ahli-ahli MPP perlu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi termasuk sentiasa berusaha untuk meningkatkan kebajikan pelajar, mengeratkan perpaduan, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta dapat mengangkat kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.

Menurut baginda, masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa, budaya dan agama tetapi ia merupakan suatu kekuatan dan keunikan dan boleh dianggap sebagai penyatuan dalam kepelbagaian. "Jika di negara lain, kepelbagaian ini sering dilihat sebagai punca masalah dan ketidakstabilan tetapi di Malaysia, alhamdulillah ia merupakan kekuatan dan keunikan kita," titah baginda lagi.



Titahnya, selaku pemimpin muda di peringkat universiti, ahli-ahli MPP perlu berperanan menangani gejala sosial seperti penyalahgunaan najis dadah, pergaulan bebas, peningkatan jenayah, gangsterisme, berpuak-puak dan sebagainya.

"Ahli-ahli MPP juga disarankan supaya menekankan kepada konsep universalisme yang berpaksikan kepada tuntutan agama, norma-norma masyarakat dan nilai murni budaya tempatan," titah baginda.

Seramai 31 wakil pelajar dipilih bagi mewakili keseluruhan mahasiswa dan mahasiswi UniMAP untuk penggal 2010/2011 dan di majlis tersebut juga diadakan bacaan ikrar oleh MPP 2010/2011, Menandatangani Surat Aku Janji dan Penyerahan Fail Tugas. Sesi 2010/2011 menyaksikan Aminudin Anuar dipilih sebagai Yang Dipertua MPP UniMAP manakala timbalannya ialah Mohamad Farhan Abdul Malik.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP