Doa Hari Peperiksaan

>> Monday, April 18, 2011

Doa ketika masuk dewan peperiksaan



Maksudnya: “Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”


Doa Menerima Kertas Soalan
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham perkataanku.”

Doa Jika Anda Terlupa Jawapan

Maksudnya: “Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadaku"

Doa ketika sukar menjawab soalan

Maksudnya: “Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”

Read more...

7 Tips Cemerlang Peperiksaan

>> Sunday, April 17, 2011

Tips ini di ambil dari akhbar tempatan untuk perkongsian kita bersama.

Antaranya ialah :

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.


2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.


3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.


4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.


5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.


6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.


7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.


sumber:

http://www.tipspeperiksaan.info/search/label/7%20tips%20cemerlang%20peperiksaan

Read more...

SEKALUNG PENGHARGAAN & UCAPAN TERIMA KASIH

>> Saturday, April 16, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,


Sukacita dimaklumkan bahawa seluruh warga Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni ingin merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua PTJ, PPK dan Pelajar UniMAP yang telah bekerjasama serta bertungkus-lumus membantu dalam menjayakan MAJLIS ANUGERAH GEMILANG SISWA 2010 (AGS) yang telah berlangsung pada 12 April 2011lalu. Pihak jawatankuasa juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua siswa dan siswi diatas anugerah yang dimenangi pada malam itu.


Sesungguhnya komitmen yang telah diberikan oleh pihak dr/tuan/puan amatlah dihargai dan disanjung tinggi. Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan lagi dalam program-program anjuran kami di masa-masa akan datang.


Dikesempatan ini juga, pihak kami ingin mengumumkan pusat-pusat pengajian yang telah berjaya memperolehi Geran Aktiviti Pelajar berdasarkan kriteria kehadiran pelajar. Pusat pengajian tersebut adalah:


1. Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan & Teknousahawan (PPIPT)

2. PPK Bahan

3. PPK Alam Sekitar

4. PPK Bioproses


Sekian, terima kasih.


sumber:

http://studentmail.unimap.edu.my/zimbra?client=preferred

Read more...

6 Buah IPTA Sertai Gerakan Aktiviti Khidmat Masyarakat Banjir

>> Sunday, April 03, 2011

UniMAP dengan kerjasama MASKUM telah mengadakan program khidmat masyarakat gotong-royong pasca banjir pada hari ini, 3 April 2011 di beberapa tempat sekitar Kangar dan Arau. Program ini melibat 6 buah IPTA iaitu USM, UUM, UiTM, UPNM, USIM dan UniMAP. Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP dan Sukarelawan Kokurikulum telah mengambil bahagian dalam menjayakan program ini. Semoga bantuan para mahasiswa dapat meringankan beban masyarakat setempat.


Sekian,

Harap Maklum.



Sumber: Ketua Penerangan MPP

Read more...

2500 Bungkusan Makan Disediakan Kepada Pelajar

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,


Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP dengan kerjasama Majlis Perwakilan Kolej Kediaman, sukarelawan dan staf UniMAP telah mengagihkan lebih 2500 bungkusan makan tengahari kepada penghuni KKG, KKH serta siswa/i antarabangsa yang terjejas akibat banjir semalam dan hari ini (Sabtu & Ahad). Moga kerjasama dan komitmen dari semua yang terlibat dapat diteruskan bagi sama2 menjaga kebajikan siswa/i UniMAP. Semangat Satu UniMAP.













Sekian,

Harap Maklum.


Sumber: Ketua Penerangan MPP

Read more...

‎Gotong Royong di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,


Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP dengan bantuan sukarelawan bencana banjir UniMAP telah mengadakan aktiviti gotong royong di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sheikh Ahmad, Arau pada 2 April 2011(Sabtu) yang telah ditimpa bencana banjir. Kerjasama dan komitmen yg telah diberikan semua yang terlibat termasuk pengurusan sekolah amat dihargai. Terima kasih cikgu! Terima kasih UniMAP! Terima kasih semua!


Sekian,

Harap Maklum.


Sumber: Ketua Penerangan MPP

Read more...

UniMAP Agih 500 Bungkusan Makanan

>> Saturday, April 02, 2011

KANGAR, 1 April – Ekoran banjir yang melanda dikebanyakan kawasan di sekitar negeri Perlis sejak 30 Mac lalu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah mengangihkan 500 bungkusan makanan tengah hari kepada mangsa banjir di sini, hari ini.


Naib Canselor UniMAP, Brig. Gen. Dato’ Prof Dr Kamarudin Hussin dalam ucapannya berkata gotong royong yang diketuai oleh En Afizal Abu Seman dan En Mustafa Al-Bakri Abdullah telah melibatkan staf dari Jabatan Keselamatan, Pusat Sukan, Unit Komunikasi Korporat serta Kolej Kediaman .


“Sebanyak 500 bungkusan makanan tengah hari telah disediakan oleh pasukan sukarelawan ini dan sebanyak 350 telah diagihkan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Sena manakala selebihnya diagihkan kepada staf UniMAP yang terlibat dengan banjir”,katanya.


Menurut beliau, aktiviti sebegini adalah satu kerja amal dalam usaha membantu meringankan beban yang ditanggung mereka dalam menghadapi situasi banjir ini.


“Kita perlu mempunyai sikap tolong menolong antara satu sama lain, tambahan lagi mereka yang dalam situasi memerlukan. Dan saya amat berharap agar kesedaran untuk memberikan bantuan tanpa mengira balasan wujud dalam setiap diri staf saya dalam rangka memberikan bantuan terhadap mangsa banjir di Perlis,”kata Dato’ Kamarudin.


Beliau berkata UniMAP akan berusaha untuk terus membantu mangsa-mangsa banjir samada dikalangan staf UniMAP mahupun masyarakat sekeliling tidak kira dari segi kewangan, makanan dan tenaga kerja bagi membersihkan kawasan dan sekolah yang terlibat dengan banjir.


Sumber: Laman Web Rasmi UniMAP

Read more...

Gotong Royong dan Khidmat Masyarakat Pelajar UniMAP

>> Friday, April 01, 2011


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,


Pusat Kokurikulum dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP akan mengadakan aktiviti gotong royong bersama Badan Beruniform UniMAP pada 2 dan 3 April 2011 (Sabtu dan Ahad) di sekitar Kangar, Jejawi dan Arau. Badan beruniform yang terlibat adalah Pertahanan Awam, Kelanasiswa, Pandu Puteri, Bomba dan Penyelamat dan Khidmat Masyarakat. Jadual masa, tempat dan badan beruniform bertanggungjawab boleh dirujuk pada portal pelajar (link). Kerjasama dan komitmen dari semua amat dihargai.


Sekian, harap maklum.

Sumber: Ketua Penerangan MPP


Jadual Hari Sabtu dan Ahad



Read more...

Skuad Tinjau Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP


Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,


Berdasarkan Skuad Tinjau Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP, jalan ke Wang Ulu sudah boleh dilalui oleh kenderaan-kenderaan ringan. Air masih melimpah di jalan berhadapan Sekolah Kebangsaan Pangau, Sekolah Bintong dan berhampiran simpang tiga menuju ke KKA. Arus air sderhana. Keadaan dibandar Kangar, masih ada beberapa tempat yang masih ditenggelami air seperti di Balai Trafik Kangar dan Pasaraya TenTen. Siswa/i dnsihatkn agar sentiasa menjaga keselamatan diri jika berada diluar kampus.


Sekian, harap maklum.

Sumber: Ketua Penerangan MPP












Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP