Slot 2 – Taklimat Penganjuran Aktiviti & Prosedur Kewangan Program

>> Wednesday, May 18, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Pada hari kedua, Bengkel Pembangunan dan Pemantapan Modal Insan diteruskan lagi dengan taklimat berkaitan penganjuran aktiviti dan kewangan. Para peserta dibekalkan dengan sebuah modul yang mengariskan panduan untuk membuat kertas kerja sesuatu program beserta lampiran kewangan. Contoh kertas kerja beberapa program juga telah diberikan supaya para peserta dapat melihat sendiri apakah isi kandungan yang perlu ada di dalamnya.


Pada akhir taklimat, para peserta telah diberi tugasan untuk merancang satu aktiviti yang akan dijalankan pada semester hadapan. Aktiviti tersebur perlu menepati garis panduan yang telah disediakan di dalam modul. Hal yang demikian dapat melatih peserta untuk merancang sesuatu program mengikut prosedur yang betul sebelum dilaksanakan. Pelbagai idea-idea dan program-program yang menarik telah dirancang oleh mereka. Pihak HEPA juga berharap agar para peserta boleh mencari tajaan dari pihak luar dan tidak hanya bergantung kepada sumber kewangan universiti sahaja.







Sekian, terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP sesi 2010/2011.

Read more...

Slot 1 - Kepimpinan

>> Tuesday, May 17, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Slot pertama Bengkel Pembangunan dan Pemantapan Modal Insan diisi dengan ceramah berkaitan kepimpinan. Dekan Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), En. Razli Ahmad telah menyampaikan ceramah yang memberi impak besar terhadap peserta bengkel. Menurut O Hair, Friendrich, Shaver (1998), kepimpinan bermaksud proses mempengaruhi kakitangan bawahan dan rakan sekerja bagi mencapai objektif organisasi dengan menggunakan komunikasi strategik.


Ceramah ini juga berkisar tentang tiga kemahiran utama yang perlu ada dalam diri pemimpin. Kemahiran tersebut ialah kemahiran teknikal, kemanusiaan dan konseptual. Selain itu, keperibadian pemimpin haruslah melebihi daripada orang yang dipimpin. Mereka perlu mempunyai sifat pemimpin sejati, banyak pengetahuan, mempunyai daya tahan yang kuat, bijak, pandai dan arif.

(Klik untuk besarkan gambar)

Para peserta khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan


En. Razli Ahmad, Dekan HEPA


Sekian, terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP sesi 2010/2011.

Read more...

Bengkel Pembangunan dan Pemantapan Modal Insan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni telah menganjurkan Bengkel Pembangunan dan Pemantapan Modal Insan bertempat di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor pada 16-19 Mei 2011. Peserta bengkel ini terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar, Presiden dan Setiausaha kelab dan persatuan di UniMAP. Semua peserta bertolak pada pagi Isnin dari Kolej Kediaman Wang Ulu dan Kampung Wai dengan menaiki bas shuttle. Alhamdulillah semua peserta selamat tiba di Teluk Dalam Resort setelah menempuh perjalanan lebih 5 jam dari Perlis. Ketibaan kami disambut dengan penuh ramah mesra oleh kakitangan resort.


Bengkel Pembangunan & Pemantapan Modal Insan


Perjalanan menuju ke Pulau Pangkor

Suasana di dalam feri

Permandangan sekitar Jeti Lumut


Sekian, terima kasih.


Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP 2011/2011

Read more...

4 Perkara Untuk Sihat

>> Saturday, May 14, 2011

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak berkelamin (bersetubuh)
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan Mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

Read more...

PPIPT Baru di Kangar

>> Wednesday, May 11, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Hari ini Skuad Tinjau Majlis Perwakilan Pelajar sempat merakamkan aktiviti memasang papan tanda di Pusat Pengajian Inovasi Perniagaan dan Teknousahawan (PPIPT). PPIPT yang baru terletak di persimpangan lampu isyarat Kangar menghala ke KWSP berdekatan dengan Komputer Libra.

Kerja-kerja menaikkan papan tanda




Pemandangan sekitar PPIPT yang baru di Kangar




Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP 2010/2011

Read more...

Selamat Pulang Ke Kampung Halaman

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,


Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP ingin mengucapkan selamat jalan kepada semua mahahasiswa yang pulang bercuti ke kampung masing-masing. Berhati-hati ketika di perjalanan. Semoga selamat sampai ke destinasi.


Moga kepulangan mahasiswa UniMAP ke kampung halaman, membawa imej mahasiswa yang bejaya dan berkepimpinan dalam kalangan masyarakat. Seterusnya memberi sumbangan kepada masyarakat dan juga menjadi wakil dalam pelbagai perkara.


Di mana pun anda, anda adalah MAHASISWA. Tonjolkan diri anda.


Sekian, terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP 2010/2011

Read more...

Penempatan Pelajar Sidang Akademik 2011/2012

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Penempatan pelajar-pelajar pada sidang akademik 2011/2012 adalah seperti di dalam memo di bawah. Para pelajar boleh merujuk kepada mpp atau terus kepada kolej kediaman masing-masing untuk sebarang pertanyaan lanjut. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian.



Sekian, terima kasih.
Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP 2010/2011
.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP