Resolusi Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT 2011

>> Wednesday, November 16, 2011


1. Memberi keistimewaan dan menaik taraf ekonomi golongan berpendapatan rendah.

2. Memecahkan masalah jurang ekonomi antara lapisan masyarakat dengan memperkasakan pembelian barangan buatan tempatan dan mempertingkatkan bidang pertanian.

3. Penglibatan mahasiswa dalam audit universiti dan perbelanjaan aktiviti mahasiswa.

4. Membuka lebih banyak kuota kepada pelajar IPTS melanjutkan pembelajaran di IPTA.

5. Peranan media untuk menapis filem dan sebagai ejen ilmiah.

6. Mewujudkan jaringan antara universiti dengan sektor yang berkepentingan.

7. Pemurniaan semula sukatan belajar sejarah dengan memperkasa rukun negara.

Resolusi ini telah dibincangkan oleh para perwakilan dari 20 IPTA dan dan hampir 10 IPTS seluruh Malaysia (hampir 500 perwakilan termasuk 15 perwakilan dari UniMAP) dalam sidang meja bulat dan pleno serta sesi diskusi perwakilan.

Resolusi ini telah disampaikan kepada Dato’ Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi pada akhir konvensyen.

Semoga resolusi ini diberi perhatian oleh pihak kementerian dan kerajaan dalam menggubal undang2 dan dalam perlaksanaan agenda pembangunan pada masa akan datang.

Sekian.
Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP Sesi 2010/2011.

Read more...

Panduan Solat Qasar Dan Jama'

>> Tuesday, November 15, 2011





Penerangan solat qasar dan jama’ adalah seperti berikut:


1.0 Solat Qasar


1.1 Takrifan
Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.


1.2 Hukum Qasar
Harus berdasarkan kepada dalil berikut:
i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”


ii. Al-Sunnah yang bermaksud;
‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?”


Lalu beliau menjawab,
“Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)


1.3 Jarak Dibenarkan Qasar
Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.


1.4 Syarat Solat Qasar
i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.
ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.


1.5 Contoh Niat


أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala


2.0 Solat Jama


2.1 Takrifan
Solat Jama’ terbahagi kepada :
i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.
ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.


2.2 Syarat Solat Jama’


2.2.1.Solat Jama’ Taqdim
i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertamasebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).


2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir
i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.


2.3 Contoh Niat


2.3.1 Jama’ Taqdim


i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat


أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala


ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar


أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)


2.3.2 Jama’ Ta’khir
i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat


أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala


ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar


أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala


Sekian.
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011.

sumber: http://www.e-solat.gov.my/solahBM.php

Read more...

Konvensyen Pemimpin Pelajar IPT 2011

>> Friday, November 11, 2011

Seramai 15 orang pemimpin pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK), dan wakil Kelab/Persatuan telah menyertai Konvensyen Pemimpin Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) 2011 yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor. Program adalah anjuran Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dengan kerjasama UTM berlangsung dari 10-13 November 2011.

Sekian,
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP