Selamat Tahun Baru 2010

>> Wednesday, December 30, 2009

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Dengan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi, MPP UniMAP sesi 2009/10 ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 kepada seluruh warga UniMAP serta rakyat Malaysia.

Tahun 2009 akan melabuhkan tirainya dan meninggalkan kita bersama kenangan dan peristiwa yang adakala manis dan pahit. Ini menandakan tahun 2010 akan membuka tirai barunya.

Sempena dengan ketibaan tahun baru ini, marilah kita bersama-sama merenung kembali segala peristiwa pahit manis, catatan suka duka sepanjang tahun ini untuk kita sama-sama jadikan teladan dan sempadan dalam mengharungi hari-hari yang akan mendatang.

Kita akan memperbaharui azam dan tekad demi mencapai matlamat yang disasar serta dicita-citakan. Namun perlulah cita-cita dan keazaman itu disusuli pula dengan tindakan bagi menyempurnakan tekad itu.

Marilah kita sama-sama berdoa, moga-moga tahun 2010 akan menjadi tahun yang lebih baik bagi kita semua berbanding tahun 2009.

Read more...

Perlis bawa pulang trofi juara

>> Tuesday, December 29, 2009

PERLIS menjulang Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 setelah menewaskan Kedah 2-0 pada final di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.

Kami MPP dan mewakili seluruh pelajar UniMAP mengucapkan tahniah atas kejayaan tersebut.

-Majulah sukan untuk negara-

Exco Publisiti, Penerbitan & Multimedia

Read more...

10 maut bas ekspres terbabas

>> Saturday, December 26, 2009

Ipoh 26 Dis. - 10 penumpang maut apabila sebuah bas ekspres dua tingkat terbabas dan melanggar pembahagi jalan di km 272.7 Lebuh Raya Utara Selatan hala utara, di sini pagi ini.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 1.00 pagi tadi di lorong tengah, kira-kira 5km dari Tol Jelapang.

Bas berkenaan bertolak dari Klang jam 9.00 malam menghala ke Kangar dengan membawa 48 penumpang bersama seorang pemandu dan penolongnya.

Semua 10 mangsa yang maut di tempat kejadian berada di bahagian tingkat bawah bas berkenaan. Dua lagi penumpang juga cedera parah.

Mereka yang cedera dikenalpasti sebagai Md Razip Fadzir dan Siti Munira Hashim yang dikejarkan ke Hospital Ipoh.

Kejadian tersebut dikatakan berpunca apabila bas berkenaan melanggar pembahagi jalan sebelah kiri lebuh raya menyebabkan kebanyakan mangsa adalah penumpang sebelah kiri tingkat bawah bas.

Pemandu Mohd Kamil Mohd Rashid, 38 di tahan untuk siasatan.

Antara mangsa yang telah dikenalpasti maut adalah:
1. Noor Jismi Noordin (Kangar).
2. Musa @ Ismail Abdullah (Gurun).
3. Mohd Shukri Mohd Ali (Sungai Besar).
4. Mohd Bilal Osman (Sungai Besar).

5. Shaharin Mohd Noor (Klang).
6. Sharifah Raheel Aljunid Syed Harun (Sungai Petani).
7. Supiah Adam (Klang).
8. Ng Poh Ngoh (Alor Setar).
9. Ng Kah Kit (Alor Setar).
10. Shaharin Mohd Noor (Klang).
- Utusan

Nota: Dua daripada mereka(no 3 & 4) merupakan Mahasiswa UniMAP.Kami MPP dan Pelajar UniMAP mengucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat.Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka.Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang yang beriman.Amin.

Read more...

Salam Maal Hijrah 1431

>> Tuesday, December 22, 2009


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tarikh 1 Muharam sememangnya memberi pengertian besar kepada umat Islam bukan hanya di negara ini malah di seluruh dunia.

Sesungguhnya, 1 Muharam bukan hanya dianggap sebagai satu sambutan tahun baru mengikut kalendar Hijrah tetapi ia juga mengingatkan kepada peristiwa penghijrahan Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W.

Bertepatan dengan tema untuk sambutan tahun ini iaitu ‘Memantapkan Ukhwah Memperkasa Ummah’ sewajarnya ia dijadikan sebagai satu permulaan kepada masyarakat untuk terus mengeratkan perpaduan dan jalinan yang terpatri di kalangan umat Islam dan kaum-kaum lain juga.

Dalam meraikan sambutan Maal Hijrah ini, tentunya tidak akan terlepas dari mengimbau kembali peristiwa lampau khususnya hal-hal yang memberi tauladan dan pengajaran dalam kehidupan.

Justeru, sama-samalah kita menyambut kehadiran Maal Hijrah ini dengan penuh kesedaran dan kefahaman akan pentingnya setiap peristiwa lantas mengaplikasikan bersama keikhlasan perjuangan demi agama, bangsa dan negara.

Read more...

PROGRAM MENJANA JURUTERA GLOKAL SIRI 4/2009

>> Friday, December 11, 2009




KUALA PERLIS, 7 Disember 2009 – Satu program menjana jurutera glokal siri 4/2009 telah diadakan pada 7 – 12 Dis di Kolej Kediaman Tun Ghaffar Baba, Universiti Malaysia Perlis, Seberang Ramai, Kuala Perlis. Program ini merupakan anjuran Universiti Malaysia Perlis dengan kerjasama Utusan Malaysia.

Seramai 21 orang Majlis Perwakilan Pelajar dan 5 orang dari kalangan Mahasiswa UniMAP yang menjadi mentor dan fasilitator untuk program ini. Seramai 104 orang pelajar tingkatan 4 dari seluruh negeri di Malaysia telah mendaftar pada hari pendaftaran.

Program ini adalah merupakan salah satu program yang dianjurkan olah UniMAP dalam usaha menarik minat pada peajar yang bakal mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menceburkan diri dalam bidang Kejuruteraan. Pihak UniMAP juda telah mengatur beberapa program khusus pembangunan minat dan motivasi kepada peserta dalam bidang sains dan kejuruteraan melalui modul reka cipta. Program-program berkenaan akan diaturkan sendiri oleh tenaga pengajar dan jurutera UniMAP.

Antara pengisian program adalah Ceramah Strategi Pelajar, Ceramah Motivasi Diri, Lawatan Sekitar Kampus UniMAP dan Lawatan Industri, Bimbingan Rohani, Pertandingan Rekacipta Robot.

Di harap program ini dapat memberi pendedahan kepada semua peserta betapa pentingnya ilmu kejuruteraan dalam membangunkan sesebuah industri negara. Selain itu, diharapkan juga para peserta dapat menanamkan semangat yang tinggi untuk berjaya dalam SPM pada tahun hadapan.

Read more...

ORGANISASI MPP 09/10

>> Thursday, December 10, 2009

Read more...

MPP Unimap Disaran Anjur Program Berkonsep 1Malaysia

>> Sunday, December 06, 2009

PULAU PINANG, 22 Okt (Bernama) -- Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Perlis (Unimap) disaran menganjurkan program dan aktiviti yang bermatlamat supaya menjadi 'Juara Perpaduan' di kalangan universiti di negara ini.

Naib Canselornya Prof Datuk Dr Kamaruddin Husin berkata penganjuran program seumpama itu juga bagi menjadikan konsep 1Malaysia menjadi satu realiti di kalangan warga kampus dan masyarakat sekeliling.

"Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tepat pada masanya dan konsep intipatinya amat penting diterapkan dalam sanubari kita," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan MPP Unimap bagi sesi 2009/2010 di sini Rabu malam.

Katanya konsep 1Malaysia penting terutama kepada golongan muda yang semakin tidak menghargai, malah mengkhianati kewibawaan serta keprihatinan orang terdahulu daripada mereka dalam mempertahankan kesinambungan keharmonian negara.

Beliau turut menasihatkan pemimpin MPP Unimap supaya tidak melupakan tanggungjawab kepada masyarakat setempat dengan mengadakan program yang memberi impak dari segi akademik, ekonomi dan pembangunan mahasiswa itu sendiri.

"Mahasiswa perlu berfikiran kritis walaupun sudah berada di menara gading, pembabitan dengan masyarakat setempat penting kerana ia melambangkan mereka sebagai insan responsif dalam isu masyarakat," katanya.

Dr Kamaruddin berkata program kemasyarakatan juga mampu menjana wadah kepada mahasiswa untuk berada di medan masyarakat dan secara tidak langsung menjadikan mahasiswa lebih berkeyakinan bersama orang ramai.

Dalam majlis berkenaan, seramai 33 pelajar mengangkat sumpah sebagai MPP Unimap bagi sesi 2009/2010 yang diketuai oleh Yang Dipertua (YDP) yang baru, Muhammad Nur Misbah.

-- BERNAMA

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP