MPP Unimap Disaran Anjur Program Berkonsep 1Malaysia

>> Sunday, December 06, 2009

PULAU PINANG, 22 Okt (Bernama) -- Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Perlis (Unimap) disaran menganjurkan program dan aktiviti yang bermatlamat supaya menjadi 'Juara Perpaduan' di kalangan universiti di negara ini.

Naib Canselornya Prof Datuk Dr Kamaruddin Husin berkata penganjuran program seumpama itu juga bagi menjadikan konsep 1Malaysia menjadi satu realiti di kalangan warga kampus dan masyarakat sekeliling.

"Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tepat pada masanya dan konsep intipatinya amat penting diterapkan dalam sanubari kita," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan MPP Unimap bagi sesi 2009/2010 di sini Rabu malam.

Katanya konsep 1Malaysia penting terutama kepada golongan muda yang semakin tidak menghargai, malah mengkhianati kewibawaan serta keprihatinan orang terdahulu daripada mereka dalam mempertahankan kesinambungan keharmonian negara.

Beliau turut menasihatkan pemimpin MPP Unimap supaya tidak melupakan tanggungjawab kepada masyarakat setempat dengan mengadakan program yang memberi impak dari segi akademik, ekonomi dan pembangunan mahasiswa itu sendiri.

"Mahasiswa perlu berfikiran kritis walaupun sudah berada di menara gading, pembabitan dengan masyarakat setempat penting kerana ia melambangkan mereka sebagai insan responsif dalam isu masyarakat," katanya.

Dr Kamaruddin berkata program kemasyarakatan juga mampu menjana wadah kepada mahasiswa untuk berada di medan masyarakat dan secara tidak langsung menjadikan mahasiswa lebih berkeyakinan bersama orang ramai.

Dalam majlis berkenaan, seramai 33 pelajar mengangkat sumpah sebagai MPP Unimap bagi sesi 2009/2010 yang diketuai oleh Yang Dipertua (YDP) yang baru, Muhammad Nur Misbah.

-- BERNAMA

2 support:

Anonymous,  Wednesday, April 25, 2012 9:47:00 PM  

Pengarah ICT UniMAP "Tuan Haji" Nasrudin Bin Abd. Shukor dok makan rasuah dengan company Celestra Network Communication jaa...

http://www.cnc.net.my

Tiap2 tahun boleh jenjalan luar negara wooo...masyukkk

Cuba tengok carta organisasi ni.
Pengarah ICT yg jaga bhgn network.

http://publicweb2.unimap.edu.my/~ict/images/stories/cartanew.jpg

Anonymous,  Thursday, December 27, 2012 9:47:00 PM  

Bertaubatlah wahai sahabatku Nasrudin.

Tak sedar diri lagi ke, dulu dah kene buang kerja.

Yang Benar,

MRCB

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP