Tip kesihatan di musim panas

>> Saturday, February 20, 2010



Assalamualaikum,

Sekarang ini cuaca cukup panas sekali. Dan di sana sini pasti anda terdengar bunyi batuk disekeliling anda. Biasalah bila musim panas ia juga adalah musim batuk dan selsema.

Sewaktu membelek akhbar semalam, saya terbaca satu artikel tentang pentingnya untuk minum air dihari bercuaca panas sebagai cara untuk menyejukkan badan.

Menurut artikel yang saya baca tu, minum banyak air merupakan cara terbaik untuk menyejukkan badan dimusim panas. Malahan pakar pemakanan dan kesihatan menyarankan agar air diminum sebelum anda mula rasa dahaga. Oleh itu sebaiknya dimusim panas begini anda membawa sebotol air sebagai bekalan setiap kali keluar rumah. Jika dirumah pula, sediakan sebotol air dan letak ditempat yang mudah dilihat agar mudah untuk anda ingat dan minum setiap kali perlu.



Selain dari minum air secara terus, cara lain bagi menyejukkan badan ialah dengan cara mengambil minuman dan makanan berikut :

1. Ambil buah-buahan dan sayuran yang mengandungi banyak air

Antara buah-buahan yang mengandungi banyak air ialah tembikai cina yang mengandungi 90% air, tembikai susu (honeydew), betik (mengandungi 91% air) dan nenas (84% air). Kesemua buah-buahan ini adalah buah-buahan tropika yang memang mudah untuk kita dapatkan dan beli dimana-mana.

Bagi sayur-sayuran pula, timun, tomato dan lobak adalah baik untuk menyejukkan badan kerana ia mengandungi lebih dari 90% kandungan air. Anda juga digalakkan mengambil salad sebagai menu dihari panas bagi tujuan menyejukkan badan. Dan yang tidak kurang penting juga sayur-sayuran ini sememangnya bagus untuk diet yang sihat.

2. Minum jus buah-buahan

Bukan jus buah-buahan yang dah ditambah gula ye… tapi jus buah-buahan asli. Sebaiknya elakkan dari mengambil minuman bergas, beralkohol dan mengandungi gula yang tinggi.

3. Makan yogurt

Selain dari kaya dengan kalsium dan probiotik (untuk usus dan sistem penghadaman) yogurt juga sebenarnya boleh membantu menyejukkan badan anda.

Dan jangan lupa cuaca panas juga boleh menyebabkan anda sakit kepala. Bagi mereka yang ada migrain pula, waktu cuaca panas macam ni lah mudah untuk anda terkena serangan.

Akhir kata, jaga kesihatan anda.

Read more...

Selamat Bercuti Semua

>> Thursday, February 11, 2010

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.


Kami Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/10 mengucapkan Selamat Bercuti pertengahan semester 2 kepada semua Mahasiswa dan Mahasiswi UniMAP.Kami berdoa semoga anda semua selamat sampai ke kampung halaman masing-masing berjumpa dengan keluarga dan sanak-saudara yang tersayang dan selamat kembali ke UniMAP bagi meneruskan pengajian masing-masing.


Berhati-hati di jalan raya


"Gandingan Strategi,Pencetus Evolusi"

Read more...

Jemputan menyertai Program Pencipta Muda anjuran Technology Park Malaysia (TPM)

>> Wednesday, February 10, 2010

Jemputan menyertai Program Pencipta Muda anjuran Technology Park Malaysia (TPM)


Tarikh: 27 - 28 Februari 2010 ( Sabtu dan Ahad )
Masa: 27/2 (9 pagi - 9 malam), 28/2 (9 pagi - 5 petang)
Tempat: Auditorium Jabatan Kebudayan Perlis ( Pengangkutan disediakan )
Penyertaan : Terbuka kepada semua pelajar UniMAP (tempat terhad kepada 20 pelajar sahaja)

Tema : Go Mobile


Program adalah berbentuk bengkel.
Makanan disediakan.
Peserta juga akan mendapat T-shirt & Cap.
Tiada Yuran penyertaan.

Jika berminat sila hubungi saudara Abdullah Redhuan (017-5015189)@(dhurane@gmail.com).
Tarikh tutup penyertaan 22/2/2010, siapa cepat dia dapat.

Read more...

HAPPY CHINESE NEW YEAR

>> Monday, February 08, 2010

Read more...

Hari Kekasih bertopengkan kasih sayang

>> Saturday, February 06, 2010

Oleh: ZUARIDA MOHYIN

UCAPAN seperti Happy Valentine’s Day, Will You Be My Valentine serta pemberian hadiah jambangan ros merah, belon berbentuk hati yang tertera I Love You, malah sehingga sanggup bertatu adalah antara sebahagian cara yang popular acap kali tibanya Hari Kekasih atau Valentine’s Day pada setiap 14 Februari.

Sebagai seorang Muslim, mungkin kita tertanya lagi, mengapa perayaan memperingati cinta itu dilarang? Apa salahnya kita bercinta, sedangkan Islam tidak melarang umatnya bercinta dan berkasih sayang antara satu sama lain

Menurut Pembantu Profesor, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Malaysia (UIAM), Gombak, Dr. Adibah Abdul Rahim, setiap bangsa mempunyai perayaan mereka tersendiri.

Perayaan-perayaan ini disambut berdasarkan sebab tertentu, sempena dan matlamat berbeza.

Perayaan dalam Islam adalah ibadat, ia telah ditentukan cara dan penghayatannya. Dalam sebuah hadis, Baginda bersabda: Setiap kaum ada perayaan. Bagi kaum ini (Islam) juga ada hari-hari perayaannya, iaitu Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Korban. (riwayat Bukhari dan Muslim)

“Oleh itu, apabila kita hendak merayakan sesuatu, kita mestilah merayakan perayaan itu berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Allah. Jadi perayaan Hari Kekasih jelas merupakan acara yang jauh tersasar, bercanggah dan tiada kaitan dengan agama Islam,” katanya.

Pada dasarnya hari ini hanya berdasarkan kepada kepercayaan animisme (kepercayaan bahawa setiap benda ada semangat) yang bersumber daripada paganisme (kepercayaan karut) orang musyrik. Apatah lagi, Hari Kekasih ialah penghormatan kepada seorang paderi Kristian.

Kalau melihat kepada sejarahnya, ia adalah satu budaya kotor, songsang dan mengandungi unsur-unsur negatif.

“Malah ia adalah budaya hidup Barat dengan bertopengkan kasih sayang dan percintaan. Malah tambah membimbangkan, ia boleh membawa kepada kerosakan akidah umat Islam,” tegas Adibah.

Tambahnya, apabila jelas perayaan ini bukan berasaskan Islam, maka Islam melarang umatnya mengikut kepercayaan yang berdasarkan taklid (mengikut sesuatu itu membuta-tuli tanpa mengetahui asal usul, latar belakang dan sejarah budaya itu).

Rasulullah s.a.w. melarang umatnya daripada mengikut tatacara beribadat selain Islam. Contohnya, cara merayakan perayaan yang tidak bersumberkan Islam. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa meniru satu kaum maka ia termasuk dari kaum tersebut.” (Riwayat Tirmizi)

“Ia diperjelaskan lagi dalam kitab karangan Ibnu Taimiyah yang mengatakan, perayaan adalah satu kaedah utama yang membezakan adat dan undang-undang antara satu kaum dengan kaum yang lain.

“ Jadi perayaan adalah amalan yang paling menonjol bagi sesuatu bangsa. Oleh itu, kalau kita bersetuju untuk merayakan perayaan mereka itu, bererti kita bersetuju ke arah perkara kemungkaran dan kekufuran,” tambahnya.

Corak perayaan Hari Kekasih adalah simbol kepada cara hidup golongan bukan Islam. Secara tidak langsung mereka yang merayakannya, seolah-olah mengiyakan dan bersetuju perbuatan-perbuatan keji yang menjadi intipati perayaan tersebut.

“Golongan Muslim yang ikut serta tanpa ada inisiatif untuk menghentikannya juga adalah sebahagian daripada mereka,” kata Adibah.

Kata beliau lagi, hal ini turut ditanggung bagi mereka yang terlibat secara tidak langsung seperti berjual-beli dengan perkara-perkara berkaitannya, mengucapkan selamat, menghadiri program hiburan yang bersempena dengan hari itu. Ia seolah-olah kita turut sama mempromosikan hari tersebut, itu juga adalah perbuatan terlarang.

Firman Allah bermaksud: ...Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pencerobohan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksaan-Nya. (al-Ma’idah: 2)

Hakikatnya, umat Islam perlu sentiasa diingatkan bahawa jangan mudah terikut sesuatu benda tanpa mengetahui asal usulnya, sejarah dan latar belakang serta terima sewenang-wenangnya tanpa memeriksa unsur kebatilan dan kekufurannya.

Ini dijelaskan dalam surah al-Isra’ ayat 36 bermaksud: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya.

Sebagai orang Islam, kita mesti berusaha memelihara diri dan iman dan jangan mudah terkesan dengan perang psikologi.

“Saya juga pelik dengan segelintir umat Islam yang masih lagi merayakan dan membanggakan hari tersebut,” jelas beliau.

Namun sikap terikut-ikut ini pernah dinyatakan malah Baginda menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud: “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’

Menjelaskan mengapa perayaan ini tidak boleh disambut oleh umat Islam kata Adibah, Hari Kekasih juga adalah satu bidaah saiiah iaitu bidaah yang tidak ada dasar hukumnya di dalam syariat Islam. Kedua, kita mestilah membezakan diri daripada orang kafir.

Menyambut hari kekasih ini umpamanya kita berperilaku orang kafir. Ia bukan sahaja satu budaya meniru tetapi tanda memberi sokongan. Hukumnya adalah berdosa dan wajib dihindari.

Selain itu, percintaan yang dimaksudkan pada Hari Kekasih ini terlalu umum dan melampaui batas-batas kesederhanaan. Islam memang agama kasih sayang, tolong-menolong dan merangsang supaya bersatu hati, tetapi ia perlu berjalan di bawah payung iman dan takwa.

“Saya tidak melihat ia sebagai satu isu budaya sahaja tetapi ia berkaitan dengan masalah akidah. Apabila kita merayakan Hari Kekasih, ia secara tidak langsung membawa erti yang kita merayakan ritual agama lain. Oleh itu sekiranya kita mempertahankannya juga, ia seolah-oleh kita mempertahankan budaya Barat.

“Orang Melayu akan mula hilang jati diri mereka dan yang paling merbahaya ialah akidah dicemari dengan perbuatan yang bertentangan syarak. Malah mereka yang meraikan hari ini juga menunjukkan, sikap tidak sensitif mereka dengan isu agama,” kata Adibah selagi mana ia melibatkan akidah dan syiar Islam, alasan semangat toleransi, setiakawan atau menghormati orang lain tidak boleh diterima.

Mengakui sikap generasi muda yang mudah terikut-ikut dan taksub dengan budaya Barat, Hari Kekasih mendorong generasi muda ke arah keruntuhan akhlak. Perlakuan mereka itu jelas di luar batasan syariat.

Contohnya, berpesta, pergaulan bebas, minum arak sehingga mabuk malah hingga kepada zina atau menghampiri zina kerana hendak membuktikan cinta.

Menurut Adibah, tanpa disedari kita mendokong agama mereka yang pada hakikatnya terpesong daripada apa yang dipohonkan setiap kali bersolat.

“Tidak ada gunanya kita sering meminta daripada-Nya, sedangkan kita sendiri menempuh jalan sesat itu dengan sukarela,” kata Adibah dalam temu bual di pejabatnya, baru-baru ini.

Persoalannya sekarang, mengapa perlu luahkan cinta pada 14 Februari, sedangkan kita ada 365 hari dalam setahun? Jelas Adibah, ini kerana mereka tidak faham sejarah hari tersebut. Di sinilah peranan ibu bapa, ahli akademik, pendidik, media massa untuk memberi penjelasan terutamanya pada peringkat awal.

“Barat suka mempromosikan hari-hari khas tertentu seperti Hari Ibu, Hari Bapa dan sebagainya kerana nilai-nilai dalam sistem kekeluargaan mereka sudah teruk.

Sedangkan di dalam Islam, menjadi kewajipan setiap individu untuk menghargai ibu bapa dan orang yang mereka kasihi. Hakikatnya konsep kasih sayang di dalam Islam adalah lebih komprehensif,” jelasnya.

Bercinta menurut perspektif Islam adalah tidak salah kerana ia adalah fitrah manusia. Memanglah diakui semua orang mahu dicintai dan mencintai tetapi persoalannya perasaan cinta itu perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan Allah.

Ini kerana matlamat cinta ialah untuk menyelamat, mententeram dan membahagiakan manusia. Jadi meluahkan kasih sayang antara lelaki dan perempuan perlulah melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak seperti perkahwinan.

Kata Adibah, penularan sambutan Hari Kekasih adalah impak daripada globalisasi dan fahaman sekular.

Di dalam Islam ada tiga kategori cinta iaitu; Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada manusia dan cinta kepada harta duniawi. Cinta yang hakiki ialah cinta kepada Allah dan Rasul, manakala cinta kepada manusia dan harta duniawi adalah ujian Allah untuk menentukan tingkat keimanan dan ketakwaan. Ia tidak kekal dan bergantung kepada keadaan.

Oleh itu, sebaik-baiknya sebagai seorang Muslim, tidak perlulah terikut-ikut dengan sambutan Hari Kekasih yang dibawa orang Kristian.

Di dalam Islam, kita dibenarkan mencintai sesiapa sahaja asalkan perasaan cinta itu dibina atas dasar cinta kerana Allah. Ini kerana Allah yang mencipta insan yang kita sayangi dan kasihi. Oleh itu kecintaan kepada manusia sepatutnya menjadi satu wadah untuk mendapatkan keredaan Allah.

Bagaimana kita hendak mencintai seseorang kerana Allah? Pertama kata Adibah, kita kena sentiasa mendahului kehendak Allah sebelum kita penuhi kehendak individu yang kita cintai. Kedua, cinta kepada manusia mestilah berlandaskan kepada syariat dan ajaran Islam. Jangan sampai terleka dan melakukan perbuatan yang dimurkai Allah. Contohnya membuktikan cinta sehingga sanggup melakukan zina.

Yang ketiga, keimanan kepada Allah mendahului segala keinginan duniawi dan keempat, cinta suci seharusnya dilandaskan dengan akhlak dan keperibadian Islam. Ia bermaksud, cinta tidak boleh berlandaskan keinginan nafsu semata-mata.

Read more...

Kejohanan Olahraga Tertutup PPK Mekatronik

>> Friday, February 05, 2010




Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia.


Persatuan Pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mekatronik akan mengadakan Kejohanan Olahraga Tertutup PPK Mekatronik. Kejohanan tersebut hanya dibuka untuk siswa/siswi dibawah PPK Mekatronik sahaja yang terdiri daripada kos Mekatronik, Mekanikal dan ELektronik Bioperubatan.

Justeru itu, semua siswa/siswi , PPK Mekatronik khususnya dijemput untuk menghadiri Kejohanan Olahraga Tertutup PPK Mekatronik bagi memeriahkan lagi program serta memberi semangat untuk atlit-atlit PPK Mekatronik yang menyertai acara dalam kejohanan tersebut. Kejohanan tersebut akan diadakan seperti berikut :

TARIKH : 7 FEBRUARI 2010 ( AHAD)
MASA : 8.00 PAGI (BAS BERGERAK PADA PUKUL 7.00 PAGI)

TEMPAT : Stadium Universiti Utara Malaysia ( UUM ), Sintok, Kedah.
PAKAIAN : Biru Kuning UniMAP

TENTATIF PROGRAM :

8.00 pagi - Bas akan tiba di stadium UUM, Sintok.
8.15 pagi - Pendaftaran.
9.30 pagi - Aktiviti pemilihan berlangsung.
1.00 petang - Rehat/Makan tengah hari.
2.30 petang - Penyampaian Hadiah dan sijil.
3.00 petang - Acara tamat.



• Kepada Siswa/siswi PPK Mekatronik yang ingin menyertai acara, penyertaan masih lagi terbuka pada pagi Ahad tersebut. Anda bolehlah mendaftarkan nama anda kepada pihak pengurusan pada pagi Ahad tersebut.


"Majulah Sukan Untuk Negara"

Read more...

Demam Ujian

>> Tuesday, February 02, 2010

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,

Minggu ini merupakan demam ujian. Kami MPP mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar UniMAP.Usaha yang berterusan akan membuahkan hasil yang baik.


15 Tip Pelajar Cemerlang :


Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.


Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah 15 tip atau petua untuk menjadi pelajar cemerlang:

1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.

3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.

4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan/praktikkan.

5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.

6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.

7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.

8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.

9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.

10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.

12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.

14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.

15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.


Sumber : Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah

Read more...

Satu Sesi Pemilihan Atlit Golf Pelajar UniMAP

>> Monday, February 01, 2010

Perhatian!!!
Pemilihan olahraga MASUM UniMAP
Tarikh: 1 & 2 FEB 2010
Tempat: Stadium Utama Kangar
Masa: 5.00pm - 7.00pm
Logistik: Bas tidak dapat disediakan disebabkan kekurangan bas pada waktu petang

*Kepada sesiapa yang telah memberi nama kepada YDP kelab PPK atau MPP, serta bagi sesiapa yang berminat, anda dijemput untuk hadir ke sesi pemilihan yang akan dijalankan nanti, terima kasih

<------------------------------------------------------------------------------------>


Satu Sesi Pemilihan Atlit Golf Pelajar UniMAP (L/W)
akan diadakan pada butiran seperti berikut:-

Tarikh : 3 & 5 Feb 2010 (2 hari)
Tempat : Driving Range, Kubang Gajah
Masa : 6:00 petang

Pergerakan bas adalah pada jam 5:30 petang dari Kg. Wai & Wang Ulu. Mohon dapat turun pada masa yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan boleh b...erhubung dengan En. Amri di talian 019-4175622 atau e-mail ke amri@unimap.edu.my

Harap Maklum.

Sekian, Terima Kasih.

Read more...

Road Tour MPP bersama Mahasiswa/i UniMAP

31 Januari 2010 – Satu sesi dialog MPP bersama para pelajar UniMAP telah diadakan di Dewan Terbuka Wang Ulu. Pada program ini juga telah dilancarkan Peti Cadangan dan Aduan oleh Yang DiPertua MPP saudara Muhamad Nur bin Misbah. Seterusnya program di teruskan dengan sesi soal jawab antara MPP dan para pelajar. Antara isu yang dibincangkan adalah isu bas, internet, cafeteria, keselamatan kenderaan pelajar, pilihan raya kampus dan sebagainya.

Kami Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/10 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar yang hadir dan meluangkan masa ke Sesi Dialog bersama MPP.

“Gandingan Strategi, Pencetus Evolusi”

Exco Publisiti,Penerbitan & Multimedia.

Gambar-gambar aktiviti:




Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP