Tip kesihatan di musim panas
Assalamualaikum,
Sekarang ini cuaca cukup panas sekali. Dan di sana sini pasti anda terdengar bunyi batuk disekeliling anda. Biasalah bila musim panas ia juga adalah musim batuk dan selsema.
Sewaktu membelek akhbar semalam, saya terbaca satu artikel tentang pentingnya untuk minum air dihari bercuaca panas sebagai cara untuk menyejukkan badan.
Menurut artikel yang saya baca tu, minum banyak air merupakan cara terbaik untuk menyejukkan badan dimusim panas. Malahan pakar pemakanan dan kesihatan menyarankan agar air diminum sebelum anda mula rasa dahaga. Oleh itu sebaiknya dimusim panas begini anda membawa sebotol air sebagai bekalan setiap kali keluar rumah. Jika dirumah pula, sediakan sebotol air dan letak ditempat yang mudah dilihat agar mudah untuk anda ingat dan minum setiap kali perlu.
Selain dari minum air secara terus, cara lain bagi menyejukkan badan ialah dengan cara mengambil minuman dan makanan berikut :
1. Ambil buah-buahan dan sayuran yang mengandungi banyak air
Antara buah-buahan yang mengandungi banyak air ialah tembikai cina yang mengandungi 90% air, tembikai susu (honeydew), betik (mengandungi 91% air) dan nenas (84% air). Kesemua buah-buahan ini adalah buah-buahan tropika yang memang mudah untuk kita dapatkan dan beli dimana-mana.
Bagi sayur-sayuran pula, timun, tomato dan lobak adalah baik untuk menyejukkan badan kerana ia mengandungi lebih dari 90% kandungan air. Anda juga digalakkan mengambil salad sebagai menu dihari panas bagi tujuan menyejukkan badan. Dan yang tidak kurang penting juga sayur-sayuran ini sememangnya bagus untuk diet yang sihat.
2. Minum jus buah-buahan
Bukan jus buah-buahan yang dah ditambah gula ye… tapi jus buah-buahan asli. Sebaiknya elakkan dari mengambil minuman bergas, beralkohol dan mengandungi gula yang tinggi.
3. Makan yogurt
Selain dari kaya dengan kalsium dan probiotik (untuk usus dan sistem penghadaman) yogurt juga sebenarnya boleh membantu menyejukkan badan anda.
Dan jangan lupa cuaca panas juga boleh menyebabkan anda sakit kepala. Bagi mereka yang ada migrain pula, waktu cuaca panas macam ni lah mudah untuk anda terkena serangan.
Akhir kata, jaga kesihatan anda.
0 support:
Post a Comment