Info Korporat - Logo UniMAP
JUSTIFIKASI LOGO UniMAP
Warna BIRU, KUNING dan PERAK adalah warna korporat UniMAP.
BIRU - membawa maksud alam, harmoni, disiplin dan bidang kejuruteraan.
PERAK - mencerminkan teknologi tinggi, keperkasaan dan keikhlasan.
KUNING - melambangkan kecemerlangan, kedaulatan, kejayaan dan hayat kehidupan.

Bentuk separa-oval dikaitkan dengan elemen unsur sains dan teknologi, atom, orbit dan globalisasi. Terdapat 14 bulatan kuning kecil di dalam segitiga sama melambangkan 14 buah negeri di seluruh Malaysia. Titik-titik berpadu ke pelbagai arah, khususnya ke utara, dalam posisi menyahut wawasan, mendepani pelbagai situasi dan cabaran.
Tiga lapisan perak yang bertanda arah mewakili nilai teras UniMAP iaitu ILMU, KEIKHLASAN dan KECEMERLANGAN.
Lapisan itu juga memaparkan aspek keseimbangan antara alam dengan kejuruteraan, kedinamikan dan ketenangan.

UniMAP adalah singkatan bagi Universiti Malaysia Perlis. Penggunaan warna biru untuk hufur "U" dan "MAP merupakan warna asa universiti yang membawa maksud alam, harmoni, disiplin dan bidang kejuruteraan.
Segi tiga warna perak dipenjuru atas huruf U, M dan P membawa maksud tiga nilai teras UniMAP yang menjadi tonggak universiti iaitu ILMU KEIKHLASAN KECEMERLANGAN.
Huruf "ni" dalam bentuk artistik berwarna kuning dengan garis bentuk berwarna biru menjadi pengantara huruf "U" dan "MAP" membawa maksud Nilai Insan dan "Soft Skills".
Pada keseluruhannya logotaip UniMAP mengekalkan bentuk yang sama dengan logotaip KUKUM bagi membuktikan universiti ini tetap berpegang kepada nilai dan falsafah asal penubuhannya dahulu.
Sekian.
Sumber: www.unimap.edu.my
0 support:
Post a Comment