Pemilihan Skuad Konvo-VI (SK-VI) Sempena Festival Konvokesyen Ke-6 UniMAP

>> Wednesday, July 13, 2011



MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2010/2011
UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS
­­­­­­­­­­­­­­­­­­­---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“MEMORANDUM”

Tarikh              : 12 Julai 2011
Kepada            : Semua  Pelajar UniMAP

PEMILIHAN SKUAD KONVO-VI (SK-VI) SEMPENA FESTIVAL KONVOKESYEN KE-6 UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2.         Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2010/2011 Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan menganjurkan festival tersebut bermula 14 HINGGA 18 SEPTEMBER 2011 bertempat di SEKITAR KAMPUS UniMAP dan SEKITAR NEGERI PERLIS.

3.         Sehubungan dengan itu, sesi temuduga pemilihan Skuad Konvo-VI (SK-VI) akan diadakan seperti berikut:           

Tarikh            :         21 & 22 Julai 2011 (Khamis & Jumaat)
            Jam                 :         9.00 malam
            Tempat           :         Dewan Serbaguna Kampung Wai

4.         Kepada pelajar ijazah yang tidak dapat hadir ke sesi temuduga boleh menghantar borang penyertaan ke alamat emel: mppunimap@yahoo.com selewat-lewatnya 22 JULAI 2011. Penyertaan TERHAD kepada 70 orang pelajar sahaja.

Sekian, terima kasih.
 
“BERSAMA MAHASISWA MENCIPTA EVOLUSI”
“MAHASISWA DAN MASYARAKAT, SINERGI PENCETUS EVOLUSI”

p/s: Sila tinggalkan emel anda di ruangan komen untuk mendapatkan borang penyertaan atau muat turun daripada Portal UniMAP.

Read more...

Info Korporat - Logo UniMAP

>> Monday, July 11, 2011

JUSTIFIKASI LOGO UniMAP



Warna BIRU, KUNING dan PERAK adalah warna korporat UniMAP. 

BIRU - membawa maksud alam, harmoni, disiplin dan bidang kejuruteraan.

PERAK - mencerminkan teknologi tinggi, keperkasaan dan keikhlasan.

KUNING - melambangkan kecemerlangan, kedaulatan, kejayaan dan hayat kehidupan.

Bentuk separa-oval dikaitkan dengan elemen unsur sains dan teknologi, atom, orbit dan globalisasi. Terdapat 14 bulatan kuning kecil di dalam segitiga sama melambangkan 14 buah negeri di seluruh Malaysia. Titik-titik berpadu ke pelbagai arah, khususnya ke utara, dalam posisi menyahut wawasan, mendepani pelbagai situasi dan cabaran.

Tiga lapisan perak yang bertanda arah mewakili nilai teras UniMAP iaitu ILMU, KEIKHLASAN dan KECEMERLANGAN.
 
Lapisan itu juga memaparkan aspek keseimbangan antara alam dengan kejuruteraan, kedinamikan dan ketenangan.

JUSTIFIKASI LOGOTAIP UniMAP


UniMAP adalah singkatan bagi Universiti Malaysia Perlis. Penggunaan warna biru untuk hufur "U" dan "MAP merupakan warna asa  universiti yang membawa maksud alam, harmoni, disiplin dan bidang kejuruteraan.

Segi tiga warna perak dipenjuru atas huruf U, M dan P membawa maksud tiga nilai teras UniMAP yang menjadi tonggak universiti iaitu ILMU KEIKHLASAN KECEMERLANGAN.

Huruf "ni" dalam bentuk artistik berwarna kuning dengan garis bentuk berwarna biru menjadi pengantara huruf "U" dan "MAP" membawa maksud Nilai Insan dan "Soft Skills".

Pada keseluruhannya logotaip UniMAP mengekalkan bentuk yang sama dengan logotaip KUKUM bagi membuktikan universiti ini tetap berpegang kepada nilai dan falsafah asal  penubuhannya dahulu.

Sekian.
Sumber: www.unimap.edu.my

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP