Peristiwa 27 Rejab

>> Wednesday, June 29, 2011

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,



Sebagai pembuka bicara pada kali ini,kami barisan Majlis Perwakilan Pelajar ingin mengucapkan Selamat menyambut Isra' Mikraj, 27 Rejab 1432 bersamaan 29 Jun 2011, Rabu. Moga-moga kita dapat mengambil sesuatu pengajaran dari peristiwa ini.

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad), pada mlm hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya,untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (Al-Isra’ : 1)

Kesimpulan dari peristiwa Israk dan Mikraj yang dialami oleh Junjungan kita,Nabi Muhammad s.a.w bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. 

Dalam peristiwa ini juga, Allah telah memberi 1 ibadah yang istimewa iaitu Solat yang kita laksanakan 5 waktu sehari semalam. . Ibadat solat difardukan kepada umat Islam secara langsung daripada Allah kepada Rasulullah di Sidratul Muntaha tanpa penurunan wahyu atau perantaraan Jibril AS,sekali gus mengangkat martabat dan nilai solat di sisi Allah, berbeza dengan ibadah khusus yang lain. Begitulah istimewanya ibadah solat yang merupakan mikraj dan medan komunikasi hamba dengan rabbnya. 

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji keimanan ummat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda.....

Pada 27 Rejab juga terjadinya peristiwa pembukaan Kota Baitulmaqdis oleh Sultan Salahuddin AL-Ayyubi. Sejarah membuktikan  Baitulmaqdis telah dibuka pada  zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan umat Islam di zaman pemerintahan Abbasiyyah, orang-orang Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitulmaqdis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitulmaqdis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Maqdis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal iaitu Sultan Salahuddin Al-Ayyubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitulmaqdis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. ..

Pada tahun 1967 bersamaan 1387H orang-orang Yahudi pula menawan Baitulmaqdis dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel. Siapakah yang bakal menggantikan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi untuk menawan kembali bumi Al-Quds daripada Yahudi ini?? Moga-moga kitalah antara umat Islam itu. Moga kedatangan Rejab kali ini membawa kemenangan kembali kepada umat Islam untuk  menawan dan kembali membebaskan Baitul Maqdis daripada orang-orang Yahudi. InsyaAllah. Mudah mudahan. Sama-samalah kita berusaha dan berdoa kepada Allah...Amin...

Segala yang baik itu datang dari Allah dan segala yang buruk itu datang dari kami yang hina hakikatnya semuanya datang dari Allah. ......Wallahuallam bissawab....

Sekian.

Read more...

Ganguan Bekalan Air Di UniMAP

>> Sunday, June 26, 2011

Assalamualaikum,


Kerja pembaikan dan penyelenggaraan paip air akan dijalankan pada hari ini dan esok (Ahad & Isnin). Semua pelajar UniMAP dinasihatkan untuk menghadkan penggunaan air dan berjimat cermat. Gangguan juga akan berlaku di sekitar negeri Perlis.

Sumber: Juruteknik Kolej Kediaman Tun Ghaffar Baba (KKF)

Sekian.

Read more...

MAJLIS MALAM RAMAH MESRA SISWA/SISWI

>> Wednesday, June 22, 2011

Pada malam 21 jun 2011 bertempat di Dewan Warisan telah diadakan Majlis Ramah Mesra Siswa/Siswi. Majlis yang diadakan adalah bertujuan untuk meraikan kehadiran siswa dan siswi baru sesi diploma 2011/2012. Pada malam tersebut telah diperlihatkan bakat-bakat siswa dan siswi dalam aktiviti kebudayaan. Antara bakat yang dicungkil adalah dalam seni lakon, seni tarian, bakat sebagai pengacara, bakat menyanyi, nasyid, dikir barat dan band. Selain daripada itu majlis tersebut juga dimeriahkan lagi dengan persembahan daripada staf UKR dan artis jemputan. Queen and King of night juga telah dinobatkan pada malam tersebut. Kemuncak majlis pula dihiasi dengan persembahan yang bertenaga daripada Dato NC sendiri.

Walaupun siswa dan siswi tidak mempunyai masa yang panjang, namun dengan latihan dalam jangka masa yang pendek juga telah membuktikan bahawa mereka boleh memberikan persembahan yang hebat dan meninggalkan kesan kepada penonton. Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Malam Ramah Mesra ini. Semoga bakat anda semua akan diteruskan lagi dan diasah sehingga berjaya satu hari nanti.





Siswa dan siswi yang diraikan....



Persembahan hebat daripada Dato NC







Penyampaian hadiah untuk Queen dan King of The Night










Persembahan tarian yang memukau.










Band yang dijayakan oleh siswa baru dan disertai oleh 2 orang siswi sebagai penyanyi.



Persembahan nasyid













Persembahan bertenaga daripada staf-staf Unit Kebudayaan dan Rekreasi (UKR)


Saudara Aizudin dan Saudari Izati memeriahkan majlis sebagai pengacara.








Persembahan lakonan yang hebat daripada pelajar



Persembahan tarian tradisi india
Sekian.

Read more...

THANK YOU.....

>> Friday, June 17, 2011





Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP