PENDAFTARAN PELAJAR DIPLOMA SIDANG AKADEMIK 2011/2012
Pada 5 Jun 2011 bertempat di Kampus Alam, Pauh Putra , UniMAP telah menerima kira-kira 320 orang pelajar baru diploma bagi mengisi enam program diploma yang ditawarkan iaitu Diploma Kejuruteraan Mikroelektronik, Kejuruteraan Komputer, Kejuruteraan Mekatronik, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Pembuatan dan Kejuruteraan Metalurgi untuk sidang akademik 2011/2012. Sebagai sebuah universiti kejuruteraan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berasa sangat bertuah juga apabila buat julung kalinya menerima kemasukan pelajar Orang Asli. Sebelum ini UniMAP tidak pernah memiliki pelajar Orang Asli dan Amri A/L Amit Joyo yang berasal dari Asli Senai, Tapah Perak merupakan pelajar Orang Asli pertama yang mendaftar di UniMAP. UniMAP juga telah menerima pasangan kembar seiras yang melanjutkan pengajian dalam program Diploma Kejuruteraan pembuatan iaitu Siti Nur’aini dan Siti Nur’aina Mohd Zain.
Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen. Dato’ Prof Dr Kamarudin Hussin dalam ucapannya ketika sesi taklimat waris menyeru agar ibu bapa sentiasa menyemaikan perasaan kasih sayang dan mengambil berat terhadap anak-anak kerana ini adalah kunci kejayaan mereka. “Pensyarah adalah tenaga pengajar yang membantu pelajar memperoleh kejayaan tetapi ibu bapa adalah pendorong utama yang memainkan peranan penting dalam memberi motivasi kepada para pelajar ini.
Walaupun berada jauh dimata, ibu bapa boleh menggunakan perkhidmatan internet seperti facebook, email atau SMS (Senyum, Mesra, Salam) untuk saling berhubung dan secara tidak langsung anak-anak akan rasa dihargai,”katanya. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof Zul Azhar Zahid Jamal , Dekan Akademik, Prof Ir Dr Rezuwan Haji Kamaruddin dan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Encik Razli Ahmad.
Sekian.
1 support:
aswat.. mana gmbq ak.. hehe
Post a Comment