KEM KEPIMPINAN DAN KEMAHIRAN INSANIAH
Universiti Malaysia Perlis dengan kerjasama University Of Electronic Science & Technology Of China, China telah menganjurkan satu kem kepimpinan dan kemahiran insaniah pada 20 Mei 2011 hingga 3 Jun 2011. Dalam program tersebut para pelajar akan menyertai kem selama 2 minggu di mana fasa pertama kem tersebut yang akan bermula dari 20 Mei sehingga 27 Mei 2011 akan diadakan di UESTC, Chengdu China manakala fasa kedua dari 29 Mei sehingga 3 Jun 2011 akan diadakan di UniMAP. Kem ini dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan penggunaan Bahasa Inggeris dikalangan peserta, meningkatkan kemahiran Soft skills peserta, mengembangkan kepekaan lintas-budaya dan perspektif di antara peserta, meningkatkan kemahiran komunikasi para peserta, melahirkan mahasiswa yang kompeten dan berdaya saing dan meningkatkan nama baik universiti dan negara.
Aktiviti
Program ini berasaskan aktiviti dan juga projek projek secara berkumpulan di mana para peserta akan mengikuti “field trip” setiap hari berdasarkan topik-topik yang telah ditugaskan. Dalam kumpulan kecil, peserta akan melengkapkan tugasan dengan memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada dan juga pengetahuan yang diperolehi daripada fasa pertama kem tersebut. Selain itu peserta juga didedahkan dengan kemahiran IT dan teknologi di mana para peserta akan membentangkan laporan dan persembahan dalam bentuk multimedia dan juga blog. Di samping itu, para peserta turut didedahkan kepada kemahiran-kemahiran insaniah berikut sepanjang tempoh program tersebut dilaksanakan.
• Dinamika kumpulan
• Menyelesaikan masalah kemahiran
• Kumpulan teknik komunikasi
• Presentasi kemahiran
• kemampuan IT
Usaha untuk memupuk semangat kepimpinan, soft skill dan pemahaman antara budaya kepada pelajar merupakan suatu usaha yang harus diberikan keutamaan dalam dunia globalisasi. Oleh kerana itu, selaras dengan usaha untuk mencapai keterlihatan antarabangsa yang menyerlah, UniMAP telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek kerjasama antarabangsa dengan Universiti Elektronik Sains dan Teknologi China (UESTC) yang akan diadakan pada 20 Mei 2011 sehingga 3 Jun 2011. Para peserta projek ini terdiri daripada 32 orang pelajar dan 4 fasilitator dari kedua-dua buah institusi.
0 support:
Post a Comment