YDP MPP UniMAP Wakil Malaysia Ke Kongres Belia Asia Ke-8 (COLOMBO PLAN)
Kangar – Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Saudara Aminudin Anuar, telah terpilih mewakili Malaysia ke Kongres Belia Asia Ke-8 (Colombo Plan) yang berlangsung di Dhimpu, Bhutan.
Pemilihan Aminudin dibuat oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Beliau akan bersama-sama 80 pemimpin belia dari pelbagai daerah di Bhutan dan 20 pemimpin belia dari Negara-Negara Anggota Colombo Plan pada kongres yang akan berlangsung mulai 19 hingga 22 September ini.
Aminudin ketika dihubungi sebelum berlepas ke Bhutan mengakui sedikit gementar namun teruja kerana diberikan peluang untuk mewakili Malaysia amnya dan UniMAP khasnya.
Ujarnya, walaupun sibuk dengan persiapan Istiadat dan Festival Konvokesyen UniMAP kali ke-6 ketika dimaklumkan, namun beliau tetap melalukan persediaan yang sewajarnya untuk kongres tersebut.
“Sebagai satu-satunya wakil dari Malaysia dan dengan semangat sambutan kemerdekaan yang masih terasa, Insya Allah, saya akan melakukan yang terbaik demi mengharumkan nama negara yang saya cintai ini,” ujarnya.
Kongres Belia Asia mula diperkenalkan pada tahun 2002 oleh Program Penasihat Dadah Colombo Plan (CPDAP) untuk mewujudkan rangkaian strategik bagi membanteras gejala dadah.
Program ini dihoskan secara bersama oleh Rancangan Colombo, Agensi Kawalan Narkotik Bhutan dan Jabatan Belia dan Sukan, Bhutan. Sepanjang Kongres, peserta akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang akan membantu membangunkan keperibadian peserta termasuk dari aspek komunikasi, proses membuat keputusan dan pengurusan ancaman dadah.
Sekian.
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011.
0 support:
Post a Comment