Warkah YDP MPP UniMAP
Assalamualaikum W.B.T & Salam 1Malaysia,
Setelah hampir sebulan kita berpuasa, melawan hawa nafsu dan melakukan amal ibadat dengan penuh tanggungjawab, kini tiba pulan bulan yang ditunggu-tunggu iaitu bulan syawal. Sememangnya 1syawal ditunggu akan tiba kerana ia adalah hari kita menyambut hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan dan meraikan selepas sebulan kita berpuasa. Semoga anda semua dapat menikmati hari raya ini dengan penuh kegirangan dan bergembira bersama seluruh keluarga.
Tidak dilupakan, negara kita sudah 54 tahun merdeka. Seharusnya jangan dilupakan saat indah ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memanjat kesyukuran kerana berada di negara yang aman makmur serta indah keadaannya. Semoga negara kita akan terus berada dalam keadaan begini hingga ke akhir zaman
Dalam kesempatan ini, saya Aminudin Anuar, Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 Universiti Malaysia Perlis ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri kepada semua mahasiswa/siswi UniMAP, bakal mahasiswa/siswi UniMAP, staf-staf UniMAP,dan kepada seluruh masyarakat Malaysia.
Saya ingin memohon ampun dan maaf jika terdapat salah cakap, terkasar bahasa dan kesalahan perbuatan sepanjang perkenalan saya dan sepanjang perjuangan saya kali ini, harap dimaafkan dan diberi semangat agar dapat meneruskan perjuangan dalam mencapai matlamat yang utama.
Saya juga berharap agar anda semua berhati-hati ketika pulang ke halaman kampung masing-masing dan ketika mahu pulang ke Universiti Malaysia Perlis juga. Selain itu, saya ingin mengucapkan Selamat Datang kepada bakal mahasiswa Universiti Malaysia Perlis yang akan hadir untuk mendaftar diri di Perlis nanti. Pengorbanan anda untuk menjejak kaki dalam mencari ilmu diharapkan mendapat eredhaan Allah S.W.T.
Selamat hari raya Aidilfitri. Salam Kemerdekaan yang ke-54..
Sekian sahaja warkah saya pada kali ini. Semoga berjumpa lagi di lain masa. Jaga diri anda semua dan selamat maju jaya.
Wasalam.
Sekian.
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011.
0 support:
Post a Comment