UniMAP Agih 500 Bungkusan Makanan

>> Saturday, April 02, 2011

KANGAR, 1 April – Ekoran banjir yang melanda dikebanyakan kawasan di sekitar negeri Perlis sejak 30 Mac lalu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah mengangihkan 500 bungkusan makanan tengah hari kepada mangsa banjir di sini, hari ini.


Naib Canselor UniMAP, Brig. Gen. Dato’ Prof Dr Kamarudin Hussin dalam ucapannya berkata gotong royong yang diketuai oleh En Afizal Abu Seman dan En Mustafa Al-Bakri Abdullah telah melibatkan staf dari Jabatan Keselamatan, Pusat Sukan, Unit Komunikasi Korporat serta Kolej Kediaman .


“Sebanyak 500 bungkusan makanan tengah hari telah disediakan oleh pasukan sukarelawan ini dan sebanyak 350 telah diagihkan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Sena manakala selebihnya diagihkan kepada staf UniMAP yang terlibat dengan banjir”,katanya.


Menurut beliau, aktiviti sebegini adalah satu kerja amal dalam usaha membantu meringankan beban yang ditanggung mereka dalam menghadapi situasi banjir ini.


“Kita perlu mempunyai sikap tolong menolong antara satu sama lain, tambahan lagi mereka yang dalam situasi memerlukan. Dan saya amat berharap agar kesedaran untuk memberikan bantuan tanpa mengira balasan wujud dalam setiap diri staf saya dalam rangka memberikan bantuan terhadap mangsa banjir di Perlis,”kata Dato’ Kamarudin.


Beliau berkata UniMAP akan berusaha untuk terus membantu mangsa-mangsa banjir samada dikalangan staf UniMAP mahupun masyarakat sekeliling tidak kira dari segi kewangan, makanan dan tenaga kerja bagi membersihkan kawasan dan sekolah yang terlibat dengan banjir.


Sumber: Laman Web Rasmi UniMAP

0 support:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP