Slot 2 – Taklimat Penganjuran Aktiviti & Prosedur Kewangan Program

>> Wednesday, May 18, 2011

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Pada hari kedua, Bengkel Pembangunan dan Pemantapan Modal Insan diteruskan lagi dengan taklimat berkaitan penganjuran aktiviti dan kewangan. Para peserta dibekalkan dengan sebuah modul yang mengariskan panduan untuk membuat kertas kerja sesuatu program beserta lampiran kewangan. Contoh kertas kerja beberapa program juga telah diberikan supaya para peserta dapat melihat sendiri apakah isi kandungan yang perlu ada di dalamnya.


Pada akhir taklimat, para peserta telah diberi tugasan untuk merancang satu aktiviti yang akan dijalankan pada semester hadapan. Aktiviti tersebur perlu menepati garis panduan yang telah disediakan di dalam modul. Hal yang demikian dapat melatih peserta untuk merancang sesuatu program mengikut prosedur yang betul sebelum dilaksanakan. Pelbagai idea-idea dan program-program yang menarik telah dirancang oleh mereka. Pihak HEPA juga berharap agar para peserta boleh mencari tajaan dari pihak luar dan tidak hanya bergantung kepada sumber kewangan universiti sahaja.







Sekian, terima kasih.

Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP sesi 2010/2011.

0 support:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP