Festival Konvokesyen Ke-6 (FestKon 6) UniMAP Platform Serlahkan Kepimpinan MPP

>> Wednesday, August 24, 2011


10 Ogos 2011, KANGAR – Festival Konvokesyen Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Kali ke Enam diharap mampu menjadi platform terbaik untuk menyerlahkan kepimpinan dan pengurusan kerja barisan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2010/2011 isamping ianya merupakan satu program tahunan yang berhasrat meraikan para graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka.
Ini adalah kerana, tanggungjawab penganjuran festival tersebut dipikul sepenuhnya oleh barisan  MPP termasuk dalam aspek mencari penajaan bagi membiayai penganjuran majlis dan pemilihan aktiviti.

Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UniMAP, En. Razli Ahmad berkata, sebagai generasi muda yang memegang jawatan tertinggi di peringkat mahasiswa, penglibatan MPP dan pelajar UniMAP secara langsung atau tidak membolehkan mereka mempelajari sesuatu yang berharga iaitu bidang pengurusan program secara praktikal.


Menurut beliau, melalui pendedahan sedemikian juga, pelajar pelajar tidak hanya tertumpu pada bidang akademik semata-mata namun berpeluang menyerlahkan bakat serta kebolehan mereka menguruskan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan kehidupan mereka di kampus. Pengalaman ini dilihat mampu membentuk sikap,watak serta kualiti kepimpinan mereka sehingga mereka memasuki alam kerjaya nanti.


''Penglibatan sebegini membolehkan para mahasiswa berkomunikasi dengan pelbagai peringkat masyarakat samada dengan rakan mahasiswa sendiri, agensi dan syarikat bagi mendapatkan penajaan,  secara tidak langsung proses ini akan membuka ruang hubungan antara universiti dan mahasiswa dengan pihak-pihak luar," katanya.


Sementara itu, Yang Dipertua MPP UniMAP, Saudara Aminudin Anuar berkata, Festival Konvokesyen UniMAP untuk kali ke-6 akan berlangsung mulai 14 hingga 18 September 2011 di Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis, bertemakan “Sedekad Gemilang”. Pemilihan tema ini dibuat berdasarkan pada tahun hadapan UniMAP akan merayakan 10 Tahun kewujudannya. Jesteru pada tahun ini, melalui pesta Konvokesyen ini pihak MPP berhasrat  wewar-warkan nilai 10 Tahun kewujudan UniMAP tersebut untuk dirasai bahangnya oleh seluruh warga UniMAP.


Ujarnya, pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang lima hari festival berlangsung antaranya Konvoi Konvo FestKon 6 UniMAP, Pertandingan Reka Cipta (3R) dan Mewarna, Pertandingan “Band @ Raya”, “Revolution of Dance” dan “Convo Photo Challenge”.


“Sebagai sebuah gedung ilmu dan milik masyarakat, MPP UniMAP juga akan menganjurkan program yang melibatkan masyarakat umum khususnya di Negeri Perlis ini  iaitu Pertandingan Memasak, Kempen Masyarakat Cegah Jenayah, Pertandingan Keluarga Ceria dan bayi comel serta program rakyat sihat rakyat prihatin,” katanya. Sehubungan itu beliau menyeru seluruh warga UniMAP khususnya serta masyarakat Perlis amnya supaya dapat bersama-sama mengunjungi Pesta Konvokesyen kali ke Enam (6) ini.


Untuk mendapatkan sebarang info tambahan mengenai Festival Konvokesyen UniMAP, bolehlah melayari laman web http://festkon6unimap.blogspot.com.


Sumber.

0 support:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP