Bagaimana mengelakkan tekanan dalam kerja?

>> Thursday, May 20, 2010



• Rancang kerja dengan teratur

• Beritahu bos apa skop kerja anda. Yang penting sentiasa bekomunikasi dengan bos.

• Beritahu superior anda jika berlaku tambahan kerja yang mendadak. Kalau ini berlaku, susun semula penjadualan san pelaksanaan kerja baru.

• Jangan rasa bersalah atau kecewa jika tidak sampai target. Bawa kepada keesokkan harinya.

• Ketepikan perasaan negatif hati seperti cemburu, dengki, khianat, pemarah, berdendam dan sebagainya.

• Jangan dengar khabar angin kecuali betul-betul dating dari sumber yang sah dan disampaikan sendiri kepada anda. Imam al-Ghazali berpesan, “Jika anda hendak menyepak orang yang menyebabkan anda susah, nescaya anda tidak dapat duduk seumur hidup.”

• Suarakan masalah, jangan dipendam.

• Banyak berserah kepada Allah s.w.t, setelah berusaha dengan gigih. Ingat, usaha anda semata – mata tidak member kesan.

Read more...

Khasiat Lidah Buaya

>> Tuesday, May 18, 2010


Lidah buaya (AloeVera)

Aloe vera daripada famili Liliaceae ataupun lebih dikenali sebagai lidah buaya atau lidah jin mengandungi banyak khasiat. Kebiasaannya, ia terdapat di kawasan tanah yang berpasir dan bercuaca panas serta kering.

Pada masa kini, lidah buaya dijadikan sebagai tanaman untuk perhiasan yang ditanam di dalam pasu atau di halaman rumah. Selain cantik untuk perhiasan, ia juga mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya dari segi perubatan.

Apabila diramas, daun lidah buaya akan mengeluarkan jeli yang mana dapat digunakan sebagai bahan kosmetik untuk mengurangkan kedutan terutamanya pada kulit muka dan tangan. Ia juga dapat dijadikan sebagai bahan pelembab dan pelembut untuk kulit dan rambut serta dapat digunakan untuk menyubur dan menghitamkan rambut.

Malah, tidak hairanlah “tanaman ajaib” ini telah digunakan sejak zaman Firaun di Mesir lagi untuk merawat kecantikan ratu-ratu Mesir. Dan kini, terdapat pelbagai produk Aloe vera untuk kecantikan di pasaran seperti Mustika Ratu, Sari Ayu, Ratu Ayu Solo dan sebagainya.

Di samping itu, jeli lidah buaya yang sejuk dan segar itu dapat digunakan untuk mengubati luka-luka kecil, terbakar, bengkak dan edema. Ia juga digunakan untuk mengubati penyakit sembelit, gatal-gatal pada kulit, pembengkakan salur darah pada anus dan pemikiran yang tidak dapat dikawal.

Walaupun rasanya pahit, lidah buaya sebenarnya berguna untuk mengubati penyakit leukimia (lebihan sel darah putih dalam badan) dan barah paru-paru iaitu dengan memakan bahagian dalamnya yang berjeli. Bagi kanak-kanak, ia boleh digunakan untuk mengubati penyakit-penyakit yang disebabkan oleh jangkitan yang mengakibatkan batuk kokol dan gatal-gatal pada saluran pernafasan.

Ia juga boleh disapu pada badan untuk mengurangkan panas dan bahang. Selain itu, daun lidah buaya juga dapat digunakan sebagai anti-biotik, anti-bakteria dan anti-kulat serta mengubati kecederaan tisu disebabkan oleh radiasi.

Read more...

INFO SOLAT

>> Monday, May 17, 2010

BACAAN DALAM SOLAT Surah al-Fatihah

Membaca al-Fatihah adalah satu daripada rukun-rukun solat. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tidak sah solat bagi yang tidak membaca al-Fatihah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Jika sesiapa meninggalkan bacaan al-Fatihah, maka solatnya batal (tidak sah).



Setiap kali membaca al-Fatihah dalam solat, kita sebagai hamba sebenarnya berkomunikasi dengan Allah. Inilah dialog dua hala antara sang hamba dengan Khalik.

Rasulullah s.a.w meriwayatkan bahawa Allah berfirman yang bermaksud:
“Aku bahagikan solat antaraku dan hamba-Ku kepada separuh, dan bagi hamba-Ku apa yang dipintanya…”

Hamba : Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Khalik : Hambaku-Ku telah mengingat-Ku.

Hamba : Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Khalik : Hamba-Ku telah memuji-Ku.

Hamba : Yang menguasai pada hari pembalasan.

Khalik : Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku.

Hamba : Hanya Engakulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami
meminta pertolongan.

Khalik : Hamba-Ku telah memuliakan-Ku.

Hamba : Tunjukanlah kami jalan yang lurus.

Khalik : Ayat ini antara Aku dan hamba-Ku, dan hamba-Ku berhak atas apa yang ia minta.

Hamba : (Iaitu) jalan orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, buk (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Khalik : Ini semua untuk hamba-Ku dan hamba-Ku berhak atas yang dia yang minta.


(Hadis riwayat Muslim, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)


Exco Kerohanian & Pembangunan Insaniah

Read more...

Selamat Bercuti Semua

>> Saturday, May 01, 2010


Assalaamualaikum dan Salam Sejahtera..

Apabila tiba penghujung semester dan tamatnya peperiksaan akhir maka UniMAP akan terasa sunyi dengan kepulangan pelajarnya seorang demi seorang.Oleh itu,kepada semua Mahasiswa dan Mahasiswi UniMAP kami mengucapkan Selamat Bercuti kepada anda semua dan.Kami doakan anda semua pulang ke kampung halaman masing-masing berjumpa orang tersayang dengan selamat.Isikan masa cuti anda dengan perkara-perkara yang berfaedah.

Kita jumpe di Semester Kedua Sidang Akademik 2010/2011.

Sekian.

Gandingan Strategi,Pencetus Evolusi.

Read more...

Selamat Menduduki Peperiksaan

>> Friday, April 16, 2010

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia.

Kami Majlis Perwakilan Pelajar mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Semester 2 Sidang Akademik 2009/2010 kepada semua palajar UniMAP.Dengan usaha yang anda semua lakukan,berkat doa dan restu ibubapa dan juga para pensyarah agar anda semua mendapat kejayaan yang cemerlang.


Pelajar cemerlang akan:


1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
1. kita ingat 10 % apa yang dibaca
2. kita ingat 20 % apa yang didengar
3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
4. kita ingat 70 % apa yang dicakapkan
5. kita ingat 90 % setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
1. pastikan cahaya adalah terang
2. kurangkan gangguan bunyi
3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
5. kerusi dan meja menghadap kiblat
6. jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:
1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
3. mengingat kembali (recall)
4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

9. Sentiasa awal dan mendahului:
1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.


10. Berbuat baik dengan guru

11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
2. memberikan tumpuan sepanuhnya
3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.

16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur,selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

22. Tahu petua mengulang kaji
1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
3. duduk tegak dikerusi yang selesa
4. baca doa penerang hati
5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
6. fikir dan ingat kembali isi utama
7. catat/lakar
8. semak semula ketepatan maklumat
9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
10. buat rumusan
11. jawab soalan
12. tampal maklumat yang rumit di dinding
13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
1. jangan makan kepala ikan
2. jangan makan organ dalaman
3. jangan minum semasa makan
4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
5. jangan melihat kemaluan
6. jangan melihat buih
7. jangan membaca nama pada batu nisan
8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
10. banyakkan makan kekacang
11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
13. jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat:
1. tampal nota-nota penting di dinding
2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
3. gunakan kaedah akronim
4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar:
1. mempunyai jadual belajar
2. patuh kepada jadual
3. buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

32. Pelbagaikan tempat belajar.

33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
1. taat kepada Allah
2. mendirikan sembahyang
3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
4. hormati & sayangi guru
5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
7. membantu rakan yang memerlukan
8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
9. sentiasa bertawakal
10. mahir dalam setiap mata pelajaran


Gandingan Strategi,Pencetus Evolusi

Read more...

MPP IPT wajib kaji buku Menakhoda Zaman

>> Friday, April 09, 2010

TEMERLOH 6 April - Kementerian Pengajian Tinggi mewajibkan buku Menakhoda Zaman atau Helming the Times yang mengandungi ucapan penting Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai teks kajian pemimpin pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) di negara ini.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihaknya akan mengedarkan buku tersebut secara percuma kepada semua anggota Exco majlis perwakilan pelajar (MPP) membabitkan 20 IPTA dan 45 IPTS.

Tegas beliau, semua IPTA dan IPTS yang mengadakan konvensyen di peringkat universiti masing-masing diwajibkan menyediakan kertas kerja bagi mendiskusikan buku berkenaan.

''Siri ucapan Perdana Menteri itu mengandungi pandangan kritis, inovatif dan bersifat transformasi bagi mengangkat maruah, bangsa, agama dan negara.

''Buku ini ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi memudahkan tatapan masyarakat antarabangsa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pada 11 Oktober lalu, Najib melancarkan buku dwibahasa Menakhoda Zaman dalam bahasa Melayu dan Helming the Times dalam bahasa Inggeris yang merupakan himpunan ucapan beliau yang diolah semula semasa menjadi Timbalan Presiden UMNO dari 2004 hingga 2009.

Saifuddin berkata, buku tersebut amat sesuai kepada penuntut universiti untuk mengkaji isi kandungan dan cetusan minda Perdana Menteri.

''Buku ini dianggap istimewa kepada generasi muda terutama mahasiswa untuk mengkaji dan menghayati idealisme Najib selaku pemimpin untuk memperkasakan politik Melayu yang ditunjangi UMNO yang menjadi teras pembangunan negara.

''Ia juga sangat sesuai menjadi bahan kajian pemimpin pelajar sebagai bakal pemimpin masa depan untuk menghadapi cabaran semasa dan strategi mengatasinya secara berkesan," katanya.

Sebelum ini, jelasnya, golongan pelajar sering disogokkan dengan buku-buku politik yang hanya bersandar kepada teori yang ditulis penulis luar berbanding buku Menakhoda Zaman yang dihasilkan daripada realiti semasa dan pengalaman Perdana Menteri sendiri.

Mengulas kandungan buku berkenaan, tambahnya, ia mengandungi 11 bab menyentuh pelbagai isu politik UMNO, ekonomi, agama Islam, jati diri dan minda Melayu, transformasi budaya serta strategi mewujudkan Melayu glokal.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin memberitahu, pihaknya bersetuju menukarkan status pinjaman pelajaran kerajaan kepada biasiswa kepada mahasiswa yang berjaya mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan akhir di universiti.

''Peraturan yang berkuat kuasa 1 Januari lalu itu akan memberi dorongan kepada mahasiswa IPTA dan IPTS di negara ini untuk belajar lebih gigih bagi meraih kejayaan cemerlang sambil membuang budaya cukup makan," katanya.

Read more...

Mahasiswa wajib sertai sukan di IPTA

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 4 April - Mulai tahun depan, semua penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu jenis sukan bagi meningkatkan kualiti dan daya saing mereka.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, inisiatif itu sejajar dengan perubahan kokurikulum Kementerian Pelajaran yang mewajibkan setiap pelajar atau murid menyertai satu jenis sukan di sekolah.

Katanya, aliran perubahan itu bertujuan mengukuhkan sahsiah mahasiswa selain melonjakkan kualiti jenis sukan tertentu.

"Perkembangan pendidikan secara bersepadu itu yang menggabungkan kemajuan akademik dan sukan dapat melahirkan individu yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani dan rohani.

"Pembabitan aktif dalam sukan ketika di kampus atau sekolah menjadi pengimbang kepada pelajar untuk berdikari, cergas, pintar dan tabah menghadapi cabaran.

"Pelajar jangan hanya menjadi ulat buku dengan mengabaikan aktiviti yang disifatkan pembina sahsiah," katanya.

Beliau berucap merasmikan mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mentakab dekat sini hari ini.

Saifuddin menegaskan, saingan mendapatkan pekerjaan semakin hebat berikutan majikan tidak hanya memandang kelulusan semata-mata.

"Individu yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum berpeluang cerah mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan," katanya.

Saifuddin menambah, fenomena sedemikian dapat dilihat apabila ada pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) gagal mendapat tempat dan biasiswa kerana tidak pernah terlibat dalam kokurikulum.

"Oleh itu, ibu bapa dan penjaga harus peka dengan perubahan itu dan bersedia dengan dasar satu murid satu sukan yang dilaksanakan di sekolah pada awal tahun depan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin menggesa PIBG membantu sekolah meningkatkan prestasi akademik supaya dapat diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT).

Read more...

Tip kesihatan di musim panas

>> Saturday, February 20, 2010



Assalamualaikum,

Sekarang ini cuaca cukup panas sekali. Dan di sana sini pasti anda terdengar bunyi batuk disekeliling anda. Biasalah bila musim panas ia juga adalah musim batuk dan selsema.

Sewaktu membelek akhbar semalam, saya terbaca satu artikel tentang pentingnya untuk minum air dihari bercuaca panas sebagai cara untuk menyejukkan badan.

Menurut artikel yang saya baca tu, minum banyak air merupakan cara terbaik untuk menyejukkan badan dimusim panas. Malahan pakar pemakanan dan kesihatan menyarankan agar air diminum sebelum anda mula rasa dahaga. Oleh itu sebaiknya dimusim panas begini anda membawa sebotol air sebagai bekalan setiap kali keluar rumah. Jika dirumah pula, sediakan sebotol air dan letak ditempat yang mudah dilihat agar mudah untuk anda ingat dan minum setiap kali perlu.



Selain dari minum air secara terus, cara lain bagi menyejukkan badan ialah dengan cara mengambil minuman dan makanan berikut :

1. Ambil buah-buahan dan sayuran yang mengandungi banyak air

Antara buah-buahan yang mengandungi banyak air ialah tembikai cina yang mengandungi 90% air, tembikai susu (honeydew), betik (mengandungi 91% air) dan nenas (84% air). Kesemua buah-buahan ini adalah buah-buahan tropika yang memang mudah untuk kita dapatkan dan beli dimana-mana.

Bagi sayur-sayuran pula, timun, tomato dan lobak adalah baik untuk menyejukkan badan kerana ia mengandungi lebih dari 90% kandungan air. Anda juga digalakkan mengambil salad sebagai menu dihari panas bagi tujuan menyejukkan badan. Dan yang tidak kurang penting juga sayur-sayuran ini sememangnya bagus untuk diet yang sihat.

2. Minum jus buah-buahan

Bukan jus buah-buahan yang dah ditambah gula ye… tapi jus buah-buahan asli. Sebaiknya elakkan dari mengambil minuman bergas, beralkohol dan mengandungi gula yang tinggi.

3. Makan yogurt

Selain dari kaya dengan kalsium dan probiotik (untuk usus dan sistem penghadaman) yogurt juga sebenarnya boleh membantu menyejukkan badan anda.

Dan jangan lupa cuaca panas juga boleh menyebabkan anda sakit kepala. Bagi mereka yang ada migrain pula, waktu cuaca panas macam ni lah mudah untuk anda terkena serangan.

Akhir kata, jaga kesihatan anda.

Read more...

Selamat Bercuti Semua

>> Thursday, February 11, 2010

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.


Kami Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/10 mengucapkan Selamat Bercuti pertengahan semester 2 kepada semua Mahasiswa dan Mahasiswi UniMAP.Kami berdoa semoga anda semua selamat sampai ke kampung halaman masing-masing berjumpa dengan keluarga dan sanak-saudara yang tersayang dan selamat kembali ke UniMAP bagi meneruskan pengajian masing-masing.


Berhati-hati di jalan raya


"Gandingan Strategi,Pencetus Evolusi"

Read more...

Jemputan menyertai Program Pencipta Muda anjuran Technology Park Malaysia (TPM)

>> Wednesday, February 10, 2010

Jemputan menyertai Program Pencipta Muda anjuran Technology Park Malaysia (TPM)


Tarikh: 27 - 28 Februari 2010 ( Sabtu dan Ahad )
Masa: 27/2 (9 pagi - 9 malam), 28/2 (9 pagi - 5 petang)
Tempat: Auditorium Jabatan Kebudayan Perlis ( Pengangkutan disediakan )
Penyertaan : Terbuka kepada semua pelajar UniMAP (tempat terhad kepada 20 pelajar sahaja)

Tema : Go Mobile


Program adalah berbentuk bengkel.
Makanan disediakan.
Peserta juga akan mendapat T-shirt & Cap.
Tiada Yuran penyertaan.

Jika berminat sila hubungi saudara Abdullah Redhuan (017-5015189)@(dhurane@gmail.com).
Tarikh tutup penyertaan 22/2/2010, siapa cepat dia dapat.

Read more...

HAPPY CHINESE NEW YEAR

>> Monday, February 08, 2010

Read more...

Hari Kekasih bertopengkan kasih sayang

>> Saturday, February 06, 2010

Oleh: ZUARIDA MOHYIN

UCAPAN seperti Happy Valentine’s Day, Will You Be My Valentine serta pemberian hadiah jambangan ros merah, belon berbentuk hati yang tertera I Love You, malah sehingga sanggup bertatu adalah antara sebahagian cara yang popular acap kali tibanya Hari Kekasih atau Valentine’s Day pada setiap 14 Februari.

Sebagai seorang Muslim, mungkin kita tertanya lagi, mengapa perayaan memperingati cinta itu dilarang? Apa salahnya kita bercinta, sedangkan Islam tidak melarang umatnya bercinta dan berkasih sayang antara satu sama lain

Menurut Pembantu Profesor, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Malaysia (UIAM), Gombak, Dr. Adibah Abdul Rahim, setiap bangsa mempunyai perayaan mereka tersendiri.

Perayaan-perayaan ini disambut berdasarkan sebab tertentu, sempena dan matlamat berbeza.

Perayaan dalam Islam adalah ibadat, ia telah ditentukan cara dan penghayatannya. Dalam sebuah hadis, Baginda bersabda: Setiap kaum ada perayaan. Bagi kaum ini (Islam) juga ada hari-hari perayaannya, iaitu Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Korban. (riwayat Bukhari dan Muslim)

“Oleh itu, apabila kita hendak merayakan sesuatu, kita mestilah merayakan perayaan itu berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Allah. Jadi perayaan Hari Kekasih jelas merupakan acara yang jauh tersasar, bercanggah dan tiada kaitan dengan agama Islam,” katanya.

Pada dasarnya hari ini hanya berdasarkan kepada kepercayaan animisme (kepercayaan bahawa setiap benda ada semangat) yang bersumber daripada paganisme (kepercayaan karut) orang musyrik. Apatah lagi, Hari Kekasih ialah penghormatan kepada seorang paderi Kristian.

Kalau melihat kepada sejarahnya, ia adalah satu budaya kotor, songsang dan mengandungi unsur-unsur negatif.

“Malah ia adalah budaya hidup Barat dengan bertopengkan kasih sayang dan percintaan. Malah tambah membimbangkan, ia boleh membawa kepada kerosakan akidah umat Islam,” tegas Adibah.

Tambahnya, apabila jelas perayaan ini bukan berasaskan Islam, maka Islam melarang umatnya mengikut kepercayaan yang berdasarkan taklid (mengikut sesuatu itu membuta-tuli tanpa mengetahui asal usul, latar belakang dan sejarah budaya itu).

Rasulullah s.a.w. melarang umatnya daripada mengikut tatacara beribadat selain Islam. Contohnya, cara merayakan perayaan yang tidak bersumberkan Islam. Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa meniru satu kaum maka ia termasuk dari kaum tersebut.” (Riwayat Tirmizi)

“Ia diperjelaskan lagi dalam kitab karangan Ibnu Taimiyah yang mengatakan, perayaan adalah satu kaedah utama yang membezakan adat dan undang-undang antara satu kaum dengan kaum yang lain.

“ Jadi perayaan adalah amalan yang paling menonjol bagi sesuatu bangsa. Oleh itu, kalau kita bersetuju untuk merayakan perayaan mereka itu, bererti kita bersetuju ke arah perkara kemungkaran dan kekufuran,” tambahnya.

Corak perayaan Hari Kekasih adalah simbol kepada cara hidup golongan bukan Islam. Secara tidak langsung mereka yang merayakannya, seolah-olah mengiyakan dan bersetuju perbuatan-perbuatan keji yang menjadi intipati perayaan tersebut.

“Golongan Muslim yang ikut serta tanpa ada inisiatif untuk menghentikannya juga adalah sebahagian daripada mereka,” kata Adibah.

Kata beliau lagi, hal ini turut ditanggung bagi mereka yang terlibat secara tidak langsung seperti berjual-beli dengan perkara-perkara berkaitannya, mengucapkan selamat, menghadiri program hiburan yang bersempena dengan hari itu. Ia seolah-olah kita turut sama mempromosikan hari tersebut, itu juga adalah perbuatan terlarang.

Firman Allah bermaksud: ...Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan janganlah tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pencerobohan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat seksaan-Nya. (al-Ma’idah: 2)

Hakikatnya, umat Islam perlu sentiasa diingatkan bahawa jangan mudah terikut sesuatu benda tanpa mengetahui asal usulnya, sejarah dan latar belakang serta terima sewenang-wenangnya tanpa memeriksa unsur kebatilan dan kekufurannya.

Ini dijelaskan dalam surah al-Isra’ ayat 36 bermaksud: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya.

Sebagai orang Islam, kita mesti berusaha memelihara diri dan iman dan jangan mudah terkesan dengan perang psikologi.

“Saya juga pelik dengan segelintir umat Islam yang masih lagi merayakan dan membanggakan hari tersebut,” jelas beliau.

Namun sikap terikut-ikut ini pernah dinyatakan malah Baginda menegah kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dengan sabdanya yang bermaksud: “Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani ) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.’’

Menjelaskan mengapa perayaan ini tidak boleh disambut oleh umat Islam kata Adibah, Hari Kekasih juga adalah satu bidaah saiiah iaitu bidaah yang tidak ada dasar hukumnya di dalam syariat Islam. Kedua, kita mestilah membezakan diri daripada orang kafir.

Menyambut hari kekasih ini umpamanya kita berperilaku orang kafir. Ia bukan sahaja satu budaya meniru tetapi tanda memberi sokongan. Hukumnya adalah berdosa dan wajib dihindari.

Selain itu, percintaan yang dimaksudkan pada Hari Kekasih ini terlalu umum dan melampaui batas-batas kesederhanaan. Islam memang agama kasih sayang, tolong-menolong dan merangsang supaya bersatu hati, tetapi ia perlu berjalan di bawah payung iman dan takwa.

“Saya tidak melihat ia sebagai satu isu budaya sahaja tetapi ia berkaitan dengan masalah akidah. Apabila kita merayakan Hari Kekasih, ia secara tidak langsung membawa erti yang kita merayakan ritual agama lain. Oleh itu sekiranya kita mempertahankannya juga, ia seolah-oleh kita mempertahankan budaya Barat.

“Orang Melayu akan mula hilang jati diri mereka dan yang paling merbahaya ialah akidah dicemari dengan perbuatan yang bertentangan syarak. Malah mereka yang meraikan hari ini juga menunjukkan, sikap tidak sensitif mereka dengan isu agama,” kata Adibah selagi mana ia melibatkan akidah dan syiar Islam, alasan semangat toleransi, setiakawan atau menghormati orang lain tidak boleh diterima.

Mengakui sikap generasi muda yang mudah terikut-ikut dan taksub dengan budaya Barat, Hari Kekasih mendorong generasi muda ke arah keruntuhan akhlak. Perlakuan mereka itu jelas di luar batasan syariat.

Contohnya, berpesta, pergaulan bebas, minum arak sehingga mabuk malah hingga kepada zina atau menghampiri zina kerana hendak membuktikan cinta.

Menurut Adibah, tanpa disedari kita mendokong agama mereka yang pada hakikatnya terpesong daripada apa yang dipohonkan setiap kali bersolat.

“Tidak ada gunanya kita sering meminta daripada-Nya, sedangkan kita sendiri menempuh jalan sesat itu dengan sukarela,” kata Adibah dalam temu bual di pejabatnya, baru-baru ini.

Persoalannya sekarang, mengapa perlu luahkan cinta pada 14 Februari, sedangkan kita ada 365 hari dalam setahun? Jelas Adibah, ini kerana mereka tidak faham sejarah hari tersebut. Di sinilah peranan ibu bapa, ahli akademik, pendidik, media massa untuk memberi penjelasan terutamanya pada peringkat awal.

“Barat suka mempromosikan hari-hari khas tertentu seperti Hari Ibu, Hari Bapa dan sebagainya kerana nilai-nilai dalam sistem kekeluargaan mereka sudah teruk.

Sedangkan di dalam Islam, menjadi kewajipan setiap individu untuk menghargai ibu bapa dan orang yang mereka kasihi. Hakikatnya konsep kasih sayang di dalam Islam adalah lebih komprehensif,” jelasnya.

Bercinta menurut perspektif Islam adalah tidak salah kerana ia adalah fitrah manusia. Memanglah diakui semua orang mahu dicintai dan mencintai tetapi persoalannya perasaan cinta itu perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan Allah.

Ini kerana matlamat cinta ialah untuk menyelamat, mententeram dan membahagiakan manusia. Jadi meluahkan kasih sayang antara lelaki dan perempuan perlulah melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak seperti perkahwinan.

Kata Adibah, penularan sambutan Hari Kekasih adalah impak daripada globalisasi dan fahaman sekular.

Di dalam Islam ada tiga kategori cinta iaitu; Cinta kepada Allah dan Rasul, cinta kepada manusia dan cinta kepada harta duniawi. Cinta yang hakiki ialah cinta kepada Allah dan Rasul, manakala cinta kepada manusia dan harta duniawi adalah ujian Allah untuk menentukan tingkat keimanan dan ketakwaan. Ia tidak kekal dan bergantung kepada keadaan.

Oleh itu, sebaik-baiknya sebagai seorang Muslim, tidak perlulah terikut-ikut dengan sambutan Hari Kekasih yang dibawa orang Kristian.

Di dalam Islam, kita dibenarkan mencintai sesiapa sahaja asalkan perasaan cinta itu dibina atas dasar cinta kerana Allah. Ini kerana Allah yang mencipta insan yang kita sayangi dan kasihi. Oleh itu kecintaan kepada manusia sepatutnya menjadi satu wadah untuk mendapatkan keredaan Allah.

Bagaimana kita hendak mencintai seseorang kerana Allah? Pertama kata Adibah, kita kena sentiasa mendahului kehendak Allah sebelum kita penuhi kehendak individu yang kita cintai. Kedua, cinta kepada manusia mestilah berlandaskan kepada syariat dan ajaran Islam. Jangan sampai terleka dan melakukan perbuatan yang dimurkai Allah. Contohnya membuktikan cinta sehingga sanggup melakukan zina.

Yang ketiga, keimanan kepada Allah mendahului segala keinginan duniawi dan keempat, cinta suci seharusnya dilandaskan dengan akhlak dan keperibadian Islam. Ia bermaksud, cinta tidak boleh berlandaskan keinginan nafsu semata-mata.

Read more...

Kejohanan Olahraga Tertutup PPK Mekatronik

>> Friday, February 05, 2010




Assalammualaikum dan Salam Satu Malaysia.


Persatuan Pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mekatronik akan mengadakan Kejohanan Olahraga Tertutup PPK Mekatronik. Kejohanan tersebut hanya dibuka untuk siswa/siswi dibawah PPK Mekatronik sahaja yang terdiri daripada kos Mekatronik, Mekanikal dan ELektronik Bioperubatan.

Justeru itu, semua siswa/siswi , PPK Mekatronik khususnya dijemput untuk menghadiri Kejohanan Olahraga Tertutup PPK Mekatronik bagi memeriahkan lagi program serta memberi semangat untuk atlit-atlit PPK Mekatronik yang menyertai acara dalam kejohanan tersebut. Kejohanan tersebut akan diadakan seperti berikut :

TARIKH : 7 FEBRUARI 2010 ( AHAD)
MASA : 8.00 PAGI (BAS BERGERAK PADA PUKUL 7.00 PAGI)

TEMPAT : Stadium Universiti Utara Malaysia ( UUM ), Sintok, Kedah.
PAKAIAN : Biru Kuning UniMAP

TENTATIF PROGRAM :

8.00 pagi - Bas akan tiba di stadium UUM, Sintok.
8.15 pagi - Pendaftaran.
9.30 pagi - Aktiviti pemilihan berlangsung.
1.00 petang - Rehat/Makan tengah hari.
2.30 petang - Penyampaian Hadiah dan sijil.
3.00 petang - Acara tamat.



• Kepada Siswa/siswi PPK Mekatronik yang ingin menyertai acara, penyertaan masih lagi terbuka pada pagi Ahad tersebut. Anda bolehlah mendaftarkan nama anda kepada pihak pengurusan pada pagi Ahad tersebut.


"Majulah Sukan Untuk Negara"

Read more...

Demam Ujian

>> Tuesday, February 02, 2010

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia,

Minggu ini merupakan demam ujian. Kami MPP mengucapkan selamat berjaya kepada semua pelajar UniMAP.Usaha yang berterusan akan membuahkan hasil yang baik.


15 Tip Pelajar Cemerlang :


Bercintalah dengan pelajaran, bertunang dengan mengulang kaji, berkahwinlah dengan peperiksaan, dan berbulan madulah dengan kejayaan.


Bagaimana mahu jadi pelajar cemerlang? Apakah ciri -ciri pelajar cemerlang? Berikut adalah 15 tip atau petua untuk menjadi pelajar cemerlang:

1. Tuhan mencipta kita dengan penuh kesempurnaan. Bertindaklah dengan cemerlang.

2. Pelajar yang tidak berdisiplin semasa belajar, besar kemungkinan tidak berdisiplin sepanjang hayat.

3. Semua orang mahu berjaya tetapi cuma segelintir yang berjaya kerana mereka berjaya mengawal nafsu dan emosi.

4. Kita mudah lupa apa yang kita dengar. Kita sekadar tahu apa yang kita lihat. Kita akan faham apa yang kita amalkan/praktikkan.

5. Apabila kita belajar dengan niat untuk berkongsi ilmu atau pun mengajar orang lain, kita akan dapat kefahaman dan daya ingatan yang luar biasa.

6. Setiap hari, carilah alasan untuk berubah secara positif.

7. Di dalam dunia ini, cuma kita berupaya mengubah diri kita.

8. Apabila kita berubah, semua orang di sekeliling kita akan berubah seiringan dengan perubahan kita.

9. Setiap masalah berpunca daripada diri kita sendiri. Kita yang perlu menyelesaikannya.

10. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita. Sekadar menanti untuk diserlahkan.

11. Orang biasa yang melakukan tindakan luar biasa menghasilkan prestasi luar biasa.

12. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanjang kehidupan anda akan cemerlang.

13. Kejayaan = Hidayah + Ilmu + Amal + Ikhlas + Istiqamah + Berterusan berubah secara positif.

14. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan.

15. Kegagalan adalah melakukan satu ataupun dua kesalahan berulang kali.


Sumber : Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah

Read more...

Satu Sesi Pemilihan Atlit Golf Pelajar UniMAP

>> Monday, February 01, 2010

Perhatian!!!
Pemilihan olahraga MASUM UniMAP
Tarikh: 1 & 2 FEB 2010
Tempat: Stadium Utama Kangar
Masa: 5.00pm - 7.00pm
Logistik: Bas tidak dapat disediakan disebabkan kekurangan bas pada waktu petang

*Kepada sesiapa yang telah memberi nama kepada YDP kelab PPK atau MPP, serta bagi sesiapa yang berminat, anda dijemput untuk hadir ke sesi pemilihan yang akan dijalankan nanti, terima kasih

<------------------------------------------------------------------------------------>


Satu Sesi Pemilihan Atlit Golf Pelajar UniMAP (L/W)
akan diadakan pada butiran seperti berikut:-

Tarikh : 3 & 5 Feb 2010 (2 hari)
Tempat : Driving Range, Kubang Gajah
Masa : 6:00 petang

Pergerakan bas adalah pada jam 5:30 petang dari Kg. Wai & Wang Ulu. Mohon dapat turun pada masa yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan boleh b...erhubung dengan En. Amri di talian 019-4175622 atau e-mail ke amri@unimap.edu.my

Harap Maklum.

Sekian, Terima Kasih.

Read more...

Road Tour MPP bersama Mahasiswa/i UniMAP

31 Januari 2010 – Satu sesi dialog MPP bersama para pelajar UniMAP telah diadakan di Dewan Terbuka Wang Ulu. Pada program ini juga telah dilancarkan Peti Cadangan dan Aduan oleh Yang DiPertua MPP saudara Muhamad Nur bin Misbah. Seterusnya program di teruskan dengan sesi soal jawab antara MPP dan para pelajar. Antara isu yang dibincangkan adalah isu bas, internet, cafeteria, keselamatan kenderaan pelajar, pilihan raya kampus dan sebagainya.

Kami Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/10 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar yang hadir dan meluangkan masa ke Sesi Dialog bersama MPP.

“Gandingan Strategi, Pencetus Evolusi”

Exco Publisiti,Penerbitan & Multimedia.

Gambar-gambar aktiviti:




Read more...

Talent Time @ KKF

>> Friday, January 29, 2010


'Klik untuk besarkan'

Read more...

Jom Join Kelab & Road Tour MPP



Salam perpaduan.

Pihak Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 09/10 dengan rasa hormat dan sukacita menjemput semua mahasiswa/mahasiswi UniMAP untuk hadir ke program kami, "Jom Join Kelab & Road Tour MPP". Justeru, untuk memeriahkan lagi program ini, pihak kami berharap agar saudara/saudari mahasiswa dapat hadir beramai-ramai seperti berikut:

Jom Join Kelab & Road Tour MPP di Kg Wai:

Tarikh: 30 Januari 2010
Hari: Sabtu
Tempat: Dataran Kg Wai.

Masa: 11.00 pagi (Jom Join Kelab)

Masa: 8.45 malam (Road Tour MPP)


Jom Join Kelab & Road Tour MPP di KKG:

Tarikh: 31 Januari 2010
Hari: Ahad
Tempat: Dewan Terbuka Wang Ulu, UniMAP.

Masa: 11.00 pagi (Jom Join Kelab)

Masa: 8.45 malam (Road Tour MPP)

Read more...

KESELAMATAN KENDERAAN DI DALAM PREMIS UniMAP

1. SEMUA PELAJAR DIWAJIBKAN MENAMPAL STICKER UniMAP DI KENDERAAN MASING-MASING. STICKER BOLEH DIDAPATI DI PEJABAT KESELAMATAN.

2. APABILA BERADA DI DALAM KAWASAN DAN KOLEJ KEDIAMAN, KENDERAAN HENDAKLAH DI PARKIR DI TEMPAT YANG TELAH DISEDIAKAN SERTA DIPERUNTUKAN SEBAGAI TEMPAT PARKIR.

3. KELAJUAN HENDAKLAH DIPATUHI SEBILANG MASA SUPAYA KEMALANGAN DAPAT DIELAKKAN.

4. MOTOSIKAL HENDAKLAH DI PARKIR DI TEMPAT YANG TELAH DI SEDIAKAN, JANGANLAH DI LETAKKAN DI CELAH - CELAH KERETA, BAS, DI BAWAH POKOK ATAU DI DALAM BANGUNAN KOLEJ KEDIAMAN.

5. DI DALAM KAMPUS SEMUA PENUNGGANG MOTOSIKAL DIWAJIBKAN MEMAKAI TOPI KELEDAR TERMASUK PENUMPANG.

6. PELAJAR-PELAJAR YANG MEMPUNYAI MOTOSIKAL DIKEHENDAKI MENGADAKAN KUNCI TAMBAHAN APABILA PARKIR MOTOR DI WAKTU MALAM.

7. KERETA YANG DI PARKIR, PERLU DI AKTIFKAN ‘ALARM’ KESELAMATAN.

Read more...

Tahniah kepada penganjur pertandingan Pidato & para pemenang.

>> Wednesday, January 27, 2010




24 Januari 2010, Kg. Wai – Satu pertandingan pidato Piala Naib Canselor UniMAP telah berlangsung dengan jayanya. Program seperti ini merupakan yang julung kali diadakan anjuran Kelab Debat UniMAP. Tema pertandingan kali ini merupakan “UniMAP Juara Perpaduan”. Jumlah penyertaan untuk kategori Bahasa Melayu adalah 19 peserta dan Bahasa Inggeris adalah 7 peserta. Tahniah dan syabas diucapkan kepada penganjur program yang telah menjayakan program hebat seperti ini. Diharapkan program ini dapat diteruskan untuk mencari bakat-bakat yang terpendam dalam bidang pidato di kalangan pelajar UniMAP.

Tahniah & Syabas kepada semua pemenang pertandingan pidato pada kali ini. Antara nama para pemenang adalah seperti berikut:

Kategori Bahasa Melayu:

1. Mas Idayu bt. Saidin, (PPK Sistem Elektrik)
2. Nur Izati Mohammad Sabri, (PPK Alam Sekitar)
3. Muhammad Nur Aiman bin Uda, (PPK Bioproses)

Kategori Bahasa Inggeris:

1. Christian Entaban Anak Morris Unong ( PPK Komputer & Perhubungan)
2. Su Natasha bt Mohamad, (PPK Mekatronik)
3. Abdullah Redhuan bin Ismail ( PPK Komputer & Perhubungan)

Antara hadiah – hadiah yang diperolehi:

Johan : Wang Tunai RM100.00, Piala Iringan, Piala Pusingan, Sijil Penghargaan
Naib Johan : Wang Tunai RM70.00, Piala Iringan, Sijil Penghargaan
Ketiga : Wang Tunai RM50.00, Piala Iringan, Sijil Penghargaan.

Read more...

Perbandingan bandwith sebelum dan selepas internet dibaiki.

>> Sunday, January 24, 2010



Perbandingan bandwith sebelum dan selepas internet dibaiki di Kg. Wai

Read more...

Bilik Gerakan Baru MPP

>> Saturday, January 23, 2010



Bilik Gerakan Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP Sesi 2009/10 telah berpindah ke Bilik Gerakan Majlis Penghuni Kolej Kediaman (MPKK) Wang Ulu berhampiran dengan koperasi baru.

‘ Gandingan Strategi, Pencetus Evolusi ’

- Exco Publisiti, Penerbitan & Multimedia -

Read more...

Mesyuarat MPP Sesi 09/10 bersama Naib Canselor UniMAP


Kangar , 18 Januari 2010 –Satu mesyuarat buat pertama kalinya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UniMAP bersama Brig. Jen. Dato’ Prof. Dr. Kamarudin bin Hussin, Naib Canselor UniMAP.

Mesyuarat ini juga turut disertai :

Prof. Dr. Sazali bin Yaacob Timbalan Naib Canselor (TNC) (Akademik dan Antarabangsa).
Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal, Timbalan Naib Canselor (TNC) Penyelidikan Inovasi, Puan Saodah, Bendahari.
Prof. Madya Mazelan Abdul Hamid, Pengarah Jabatan Pembangunan.
En Nasrudin Abdul Shukor, Pengarah Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi.
En Nazmizan Mohamad, Pusat Sukan.

Agenda mesyuarat yang dibincangkan adalah:

1. Kata – kata aluan pengerusi majlis.
2. Perbentangan Pelan Strategik Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/10.
3. Pembentangan takwim MPP, Kelab & Persatuan.
4. Hal-hal berbangkit dan isu semasa.

‘ Gandingan Strategi, Pencetus Evolusi ’

- Exco Publisiti, Penerbitan & Multimedia -

Read more...

Karnival Pengajian Tinggi Negara 2010

>> Wednesday, January 06, 2010

Read more...

Hasil kutipan derma

>> Sunday, January 03, 2010

ASSALAMUALAIKUM & SALAM 1 MALAYSIA



Kami Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2009/2010 mengucapkan terima kasih kepada semua warga UniMAP yang telah memberi kerjasama dan menderma untuk rakan kita yang terlibat dalam kemalangan maut.

Hasil kutipan derma selama 2 hari di setiap kolej kediaman UniMAP dan juga kelas adalah sebanyak:

Jumlah keseluruhan: RM 2741.00

Hasil kutipan itu telah dibahagikan kepada 2 dan diserahkan kepada ahli keluarga kedua-dua arwahyarham.

Sekian,terima kasih.


Exco Publisiti,Penerbitan & Multimedia
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010.

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP