Ar – Raeez Ungguli Pertandingan Nasyid Antara Jabatan Kali Ketiga Berturut-Turut
23 Ogos 2011, Kangar – Kumpulan Nasyid Ar-Raeez yang mewakili Jabatan Canselori Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) sekali lagi muncul juara Pertandingan Nasyid antara Jabatan untuk kali ketiga berturut-turut selepas mengenepikan saingan dari 24 pasukan yang mengambil bahagian.
Pada pertandingan yang dianjurkan oleh Pusat Islam UniMAP dengan kerjasama Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mekatronik serta Komputer dan Perhubungan itu, Ar-Raeez Berjaya memukau sekalian hadirin dan juri dengan alunan suara dan persembahan hebat menerusi lagu “Hikmah Bulan Mulia”.
Dengan kejayaan itu, Ar-Raeez yang diketuai oleh Pereka Grafik UniMAP, En Bimazlim Bidin membawa pulang hadiah berupa piala iringan, bingkai ayat suci Al-Quran , sijil dan wang tunai RM 400.
Tempat kedua pula disandang oleh Kumpulan Soutul Bariah yang diwakili oleh Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) manakala Kumpulan Kilauan Dinar dari Jabatan Bendahari dipilih sebagai pemenang tempat ketiga.
Tempat kedua berjaya membawa pulang RM 300, piala iringan, sijil dan bingkai ayat suci Al-Quran manakala tempat ketiga pula menerima RM 200, piala iringan, sijil dan bingkai ayat suci Al-Quran.
Bagi kategori persembahan terbaik pula, barisan juri sepakat memilih Kumpulan Soutul Bariah dari Jabatan HEPA sebagai pemenang dengan hadiah berupa wang tunai RM100. Hadiah disampaikan Naib Canselor UniMAP, Brig. Jen.Dato Prof. Dr. Kamarudin Hussin. Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP, Prof. Dr. Ismail Daut.
Sekian.
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011.
0 support:
Post a Comment