Jalur Gemilang Terpanjang UniMAP

>> Monday, August 15, 2011

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Seramai 200 pelajar yang terdiri daripada mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), pelajar sekolah rendah dan menengah di sekitar Kuala Perlis mengambil bahagian dalam Program Melukis Jalur Gemilang Terpanjang anjuran Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP di sini semalam.

Antara sekolah yang terlibat dalam program melukis Jalur Gemilang Sepanjang 220 meter itu adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis, Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis dan Sekolah Kebangsaan Seberang Ramai.


Program itu diadakan bersempena dengan Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat negeri Perlis yang dilancarkan oleh Menteri Besar Perlis baru-baru ini.
Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UniMAP, Razli Ahmad berkata, program itu merupakan salah satu inisiatif UniMAP untuk memupuk semangat cintakan negara di kalangan pelajar-pelajar sekolah.

“Aktiviti melukis Jalur Gemilang ini dimulakan seawal dan 9 pagi dan berakhir pada jam 12 tangahari, walaupun ianya dianjurkan pada bulan Ramadan, para pelajar tidak menunjukkan rasa letih sepanjang program berlangsung.

“Saya amat bersyukur kerana program kali ini berjalan lancar dan pihak HEPA UniMAP akan terus merancang untuk menganjurkan program seperti ini pada masa akan datang dengan melibatkan komuniti setempat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Katanya lagi, sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, UniMAP memainkan peranan dalam membangkitkan semangat di kalangan para pelajar sekolah dengan bimbingan abang dan kakak dari UniMAP.
























 Sekian.
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011 UniMAP.

Sumber berita.

0 support:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP