Ucaptama Yang Dipertua Majlis Perwakilan pelajar 2010/2011

>> Monday, March 21, 2011

Mengadap ke bawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizudin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis merangkap Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajah Lailatul Shahren Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis yang juga Pro Canselor UniMAP.


Ampun Tuanku sembah patik mohon diampun,


Adalah patik dengan segala hormat takzimnya, memohon ampun merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli-duli Tuanku mencemar Duli berangkat ke Majlis penyerahan watikah perlantikan dan angkat sumpah jawatan ahli majlis perwakilan pelajar unimap. Ampun Tuanku, patik memohon izin dan limpah perkenan Tuanku untuk patik memberi sepatah dua kata kepada para hadirin.


Ampun Tuanku,


Yang berusaha pengacara majlis, Yang berbahagia BRIGEDIER JENERAL DATO’ PROF. DR. KAMARUDIN HUSSIN, Naib cancelor Unimap. Dekan-dekan dan Ketua-ketua Jabatan, Yang Diraikan Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011, Yang Diraikan Barisan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2009/2010, Mantan ahli-ahli Majlis Perwakilan Pelajar sesi-sesi yang lalu serta semua Yang Dipertua Persatuan Pelajar dan Majlis Kolej Kediaman. Terlebih dahulu marilah kita bersama memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan keizinanNya, dapat kita bersama-sama berkumpul dalam Majlis pelantikan watikah majlis perwalan pelajar sesi 2010/2011 ini.


Hadirin sekalian,


Kewujudan MPP adalah untuk membantu para pelajar dalam menyampaikan luahan dan suara pelajar ke peringkat pengurusan dengan lebih efektif dan berkesan. Diatas tanggungjwab itu, MPP dilantik dari setiap pusat pengajian kejuruteraan (PPK) perlu memainkan peranan dengan lebih efektif tentang bagaimana cara yang terbaik untuk menyuarakan suara pelajar dengan lebih berkesan. Oleh itu, tanggungjwab yang diberikan wajib dilaksanakan dengan penuh amanah seta bersungguh-sungguh agar kesuitan pelajar dapat diselesaikan dengan berhemah dan berhikmah.


Selain daripada membantu para pelajar, MPP juga berperanan sebagai perancang dan pengerak kepada aktiviti-aktiviti universiti. Dengan hrapan yang bersemangat dari MPP unimap, saya selaku yang dipertua mengharapkan MPP yang dipilh oleh para pelajar dapat melaksanakan amanah dgn penuh tanggungjwab , berdedikasi dan professional tanpa mengabaikan akademik utamanya.


Dengan memikul tanggungjwab dan amanah yang berat, MPP perlu sntiasa bergerak dibarisan hadapan para pelajar sebagai seorang pemimpin pelajar. MPP perlu sntiasa memupuk rasa berkerjasama, dan menjaga tatsusila agar amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dgn lebih baik dan yang paling penting,setiap usaha yang dilakukan mendapat keredhaan Allah taala. Barisan MPP berbesar hati dan menyokong hasrat universiti, khususnya pihak jabatan hal ehwal peljar dan alumni dalam memperkasakan aktivtiti pelajar seterusnya menaikkan nama Unimap dipersada antarabangsa mahunya.


Ampun Tuanku sembah patik mohon diampun,


Sekian sahajalah ucapan patik pada malam ini. Bagi mengakhiri ucapan patik ini, patik bagi pihak Universiti Malaysia Perlis sekali lagi merafak sembah menjunjung setinggi-tinggi kasih di atas perkenan Duli Tuanku merasmikan Majlis penyerahan watikah perlantikan dan angkat sumpah jawatan ahli majlis perwakilan pelajar unimap.


Ampun tuanku.,


Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Terima Kasih.


AMINUDIN BIN ANUAR

YANG DIPERTUA

MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR SESI 2010/2011

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS

0 support:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP