SEPANJANG MINGGU SUAI KENAL…

>> Friday, June 17, 2011


Keheningan pagi nan indah diusik dengan kehadiran siswa siswi untuk mendaftar di Universiti Malaysia Perlis. Seawal jam 8 pagi, pintu masuk kampus Alam Ulu Pauh mula dipenuhi dengan kehadiran ibubapa dan para pelajar. Kawasan pendaftaran pelajar mulai sibuk sedikit demi sedikit dengan dibantu oleh pembantu pelajar minggu suai kenal (PPMS).



Sesi pendaftaran telah dijalankan di PPK Mekatronik. Terdapat 8 kaunter yang telah di susun atur dengan kemasnya oleh pembantu pelajar minggu suai kenal dengan persetujuan oleh pihak Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA). Walaupun kedengaran keluh kesah daripada sesetengah pelajar yang mengatakan bahawa 8 kaunter itu banyak, sebaliknya susunan kaunter tersebut membantu mereka menyelesaikan dan melancarkan perjalanan sesi pendaftaran.



Kawasan PPK Pembuatan dikhaskan untuk bahagian pameran dan Ibu Bapa. Terdapat pelbagai acara yang telah berlangsung di sini. Antaranya termasuklah pameran Pusat Pengajian Kejuruteraan, Badan Kokurikulum, Koperasi dan persembahan band. Disini juga berlangsung taklimat waris yang dirasmikan oleh Naib Canselor. Ketika berlangsungnya taklimat waris, Naib Canselor turut mengambil peluang mempromosikan kejayaan UniMAP dimata ibu bapa . Kemuncak kepada sesi ini adalah berlakunya penyerahan waris dimana 6 pelajar telah dipilih untuk mewakili pelajar baru yang terdiri daripada kaum Melayu, India, Cina, dan bumiputera Sabah Sarawak.



Sejurus tamat sesi pendaftaran dan taklimat waris, para pelajar dan ibubapa masing-masing bergerak ke kolej kediaman Seberang Ramai (KKF). Bertempat di Dewan Terbuka KKF, berlangsungnya sesi penyerahan kunci rumah kepada para pelajar. Antara aktiviti yang berlangsung pada waktu petang adalah sesi bersama PPMS dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta ceramah kesihatan membincangkan tentang isu berhubung HIV/AIDS. Aktiviti riadah diteruskan dengan mempelajari tarian poco-poco dan aktiviti malam dimulakan dengan ceramah Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta diteruskan dengan ceramah dari pihak HEPA.



Pada hari berikutnya antara aktiviti yang berlangsung adalah slot ‘Bersama Tokoh’. Untuk program kali ini slot tersebut telah dijayakan oleh En. Mohd Parid Bin Sulaiman yang merupakan seorang Pengarah kejuruteraan Syarikat di Intel product Sdn Bhd. Beliau telah berkongsi pengalaman beliau dalm bidang IC Manufacturing Board Design. Beliau telah memberikan sedikit sebanyak tunjuk ajar dalm menghadapi alam kejuruteraan. Disamping itu juga sesi pencarian bakat telah diadakan bagi mencari bakat-bakat dalam bidang seni tarian, lakonan, pengucapan awam, nasyid dan sebagainya.

0 support:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP