SEPANJANG MINGGU SUAI KENAL…

>> Friday, June 17, 2011

Para pelajar juga didedahkan dengan AUKU atau lebih dikenali sebagai undang-undang unversiti. Penubuhan AUKU adalah bagi mengelakkan berlakunya masalah-masalah disiplin di universiti. Ini juga bertujuan untuk memastikan pelajar berdisiplin dan sentiasa mematuhi undang-undang. Taklimat PTPTN yang telah disampaikan oleh Pn. Nora mendedahkan pelajar bagaimana untuk mengisi borang PTPTN secara online, cara memeriksa status dan borang-borang yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan PTPTN. Aktiviti lain yang dijalankan adalah slot bersama jabatan dimana slot ini dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu bersama Jabatan ICT, Jabatan Bendahari, Jabatan Pendaftar dan Jabatan Keselamatan. Aktiviti pada sebelah malam telah dibahagikan kepada 2 slot iaitu ceramah ad-din dan ceramah moral. Bagi ceramah Ad-Din, Mufti Perlis telah dijemput untuk memberikan ceramah kepada para pelajar. Ceramah moral juga telah disampaikan oleh penceramah yang telah dijemput khas oleh UniMAP.







0 support:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP