SEPANJANG MINGGU SUAI KENAL…

>> Friday, June 17, 2011

Seterusnya pengenalan tentang ko-kurikulum dan perpustakaan UniMAP. Para pelajar juga buat pertama kalinya telah diperkenalkan dengan perpustakaan UniMAP oleh staf-staf perpustakaan UniMAP. Pelbagai INformasi tentang perpustakaan UniMAP telah disampaikan kepada para pelajar. Para pelajar telah diperkenalkan dengan pelbagai jenis ko-kurikulum seperti kelana Siswa, pandu Puteri, Bulan Sabit Merah, kadet Bomba, Palapes, St John Ambulance dan Kadet Pertahanan Awam. Palapes atau lebih dikenali sebagai pasukan latihan pegawai simpanan atau Reserve Officer Training Unit (ROTU) telah dapat menarik ramai pelajar untuk menyertai badan beruniform tersebut. Ceramah yang telah disampaikan oleh Kapt. Zuri dan Kapt Shahrol serta beberapa paparan video yang disediakan telah menjadikan para pelajar lebih bersemangat untuk menyertai palapes.



0 support:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP