8TH Asian Youth Congress
18HB SEPTEMBER 2011
Penerbangan dari KLIA (Kuala Lumper International Airport) ke Indira Ghandi International Airport New Delhi pada pkul 8.40 pagi. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Pada pukul 2.00 petang waktu Malaysia sampai di New Delhi. Jam di New Delhi adalah pukul 12.00 tengahari. Selepas selesai pemeriksaan kastam dan imegresen, mendaftarkan diri untuk penerbangan ke Paro, Bhutan ke kaunter Drukair, syarikat penerbangan ke Bhutan sahaja. Namun, mendapat penerangan dari pihak Drukair menyatakan bahawa penerbangan ke Paro ditunda atas sebab cuaca yang agak teruk. Berjumpa dengan peserta-peserta lain di tempat menunggu penerbangan dari pelbagai negara,terdiri daripada Singapura, Vietnam, Malaysia, Pakistan, Sri Lanka, India, Afghanistan, Indonesia, Filipina, Brunei Darussalam, Maldive, Thailand, Amerika Syarikat, dan Nepal. Pihak Drukair memberitahu bahawa penerbangan pada hari ini tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab keadaan cuaca di Bhutan dan penerbangan hanya boleh dilakukan pada keesokan hari pada jam 6.30 pagi. Semua peserta dibawa ke sebuah restoran di lapangan terbang untuk berehat seketika dan pada petangnya kami dibawa ke Hotel Ashooka di New Delhi untuk berehat semalaman sebelum berangkat ke Paro keesokkan harinya.
19HB SEPTEMBER 2011
Pada jam 4.30 pagi, semua peserta 8th Asian Youth Congress yang terdiri dari 14 buah negara bergerak dari Hotel Ashooka ke Indira Ghandi International Airport untuk penerbangan ke Bhutan. Segalanya berjalan dengan lancar dengan pemeriksaan kastam dan imegresan. Pada jam 6.30 pagi, penerbangan diteruskan ke Paro, Bhutan. Penerbangan ini mengambil masa 2 jam untuk smpai ke Paro. Selamat tiba di Paro pada jam 8.45 pagi. Wakil dari Bhutan Narcotic Control Agency, miss Dorji telah menyambut kesemua peserta antarabangsa di lapangan terbang. Untuk ke Thimphu, perjalanan memerlukan menaiki bas dan perjalanan dari Paro ke Thimphu mengambil masa selama 2jam. Tiba di Thimphu pada jam dan menginap di Jambayang Resort, Thimphu. Kemudian bergerak ke Bhutan Youth Development Hall, tempat kongres diadakan. Majlis perasmian diadakan dan dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Bhutan. Peserta dari luar negara adalah seramai 28 orang manakala peserta dari Bhutan terdiri dari pelajar sekolah seluruh Negara Bhutan seramai 80 orang. Selain itu, wakil dari kaunselor belia dari Bhutan Narcotic Control Agency seramai 15 orang. Selepas tamat majlis perasmian, program diteruskan dengan pembentangan dari 5 buah Negara mengenai program pencegahan penyalahgunaan dadah oleh belia. Selepas selesai sesi pembentangan oleh 5 buah Negara, sesi pada waktu petang tamat. Pulang ke resort untuk makan dan kembali ke Bhutan Youth Development Hall pada waktu malam untuk sesi seterusnya. Pada malam, sesi pengenalan kepada undang-undang dan pengenalan kepada bahaya dadah dijalankan dan sesi ini dikendalikan oleh Encik Tay Bian How dari Malaysia. Selepas tamat sesi, progam selesai dan kembali pulang ke resort.
20HB SEPTEMBER 2011
Program bermula pada jam 8.30pagi. aktiviti pertama yang dilakukan ialah ‘recap’ atau bincang semula sesi yang telah dijalankan sebelum ini. Setelah tamat perbicangan, semua peserta dipecahkan kepada 4 buah kumpulan. Setiap kumpulan akan dikendalikan oleh seorang mentor tentang latiahn kemahiran hidup atau ‘life skill training’. 4 buah kumpulan akan berbicang mengenai beberapa tajuk iaitu kemahiran komunikasi (communication skill), kemahiran membuat keputusan (decision making skill), pengurusan stress (stress management), dan kemahiran keengganan ( refusal skill). Kemudian sesi pembentangan oleh speaker undangan, Ms. Farheen Siddhique, Mr. Thomas Scaria, Ms Dinchen Choden, dan Ms Shella Marquez. Selepas tamat sesi perbincangan dan pembentangan, pulang ke resort untuk persiapan malam kebudayaan. Bergerak kembali ke Bhutan Youth Development Hall pada jam 7.30 malam untk program malam kebudayaan. Program malam kebudayaan mempersembahkan tarian dan nyanyian oleh wakil dari Negara yang menyertai program ini. Program tamat pada jam 11 malam.
21HB SEPTEMBER 2011
Program pada hari ini diteruskan dengan lawatan ke Punakha. Bertolak dari resort dengan menaiki bus pada jam 7.30 pagi dan meneruskan perjalanan selama 2 jam untuk sampai ke Punakha. Di Phunakha terdapat sebuah kuil Buddha. Peserta dibawa melawat ke setiap kawasan kuil terbabit. Terdapat kesan runtuhan akibat gempa bumi yang berlaku pada 18hb September yang lalu. Selepas tamat melawat kuil tersebut, perjalanan diteruskan ke sebuah kawasan berdekatan sungai untuk makan tengahari. Setelah selesai makan tengahari dan bergambar, semua peserta dibawa pulang ke Thimphu.
22HB SEPTEMBER 2011
Program bermula pada jam 8.30 pagi dengan sesi perbincangan mengenai program yang telah dijalankan sebelum ini. Program diteruskan dengan sesi pembentangan oleh 10 buah Negara berkenaan tajuk yang diberikan, Youth Led initiatives in Drug Prevention. Setelah tamat sesi pembentangan, program diteruskan dengan sesi perbincangan dalam kumpulan. Semua peserta dipecahkan kepada 3 buah kumpulan dan akan membincangkan tentang hala tuju dan tidakan yang akan dijalankan selepas ini. Selain itu juga terdapat perbincangan deklarasi yang akan dibuat oleh semua peserta kongres pada kali ini. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbicangan dan hasil dari perbincangan itu dimasukkan kedalam deklarasi congress belia pada kali ini. Pada waktu petang,persiapan bagi upacara majlis penutupan dijalankan. Malis penutup bermula pada jam 8.00 malam dan majlis ini dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Bhutan. Deklarasi Kongress pada kali ini juga dibacakan dihadapan wakil menteri Bhutan. Upacara yang dinanti-nantikan tiba iaitu pengunguman anugerah remaja antarabangsa. Pemenang pada kali ini dimenangani oleh Mr. Mohamed Azmel dari Maldives. Majlis tamat pada jam 9.30 malam. Pukul 11 malam, semua peserta pulang ke resort.
23HB SEPTEMBER 2011
Persiapan untuk pulang ke destinasi masing-masing. Pada jam 5.00 pagi, bas bergerak dari Thimphu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Paro, Bhutan. Penerbangan dari Paro ke New Delhi adalah pada pukul 8.25 pagi. Penerbangan mengambil masa 2 jam. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Ghandi, New Delhi pada jam 10.25 pagi. Selepas selesai pemeriksaan Imegresen dan Kastam, daftar semula untuk menaiki penerbangan pulang ke Malaysia pada jam 12.45 tengahari. Penerbangan mengambil masa 5 jam. Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 8.45 malam waktu Malaysia.
RUMUSAN
Program yang dianjurkan oleh Colombo Plan Drug Advisory Programme(CPDAP) berkolaborasi bersama Kementerian Belia dan Sukan Bhuta, dibawah Kementerian Pelajaran dan juga Bhutan Narcotic Control Agency ini amat menekankan mengenai masalah dadah yang berlaku disetiap Negara. Program ini ditaja oleh Bureau for International Narcotics & Law Enforcement Afairs (INL), U.S Department of state. Pendedahan yang diberikan kepada setiap peserta yang terdiri dari wakil Negara yang trlibat dan juga pelajar sekolah dari seluruh Negara Bhutan untuk bersama-sama memerangi masalah penyalahgunaan dadah yang berleluasa. Dengan bertemakan “Together We Can”, setiap peserta bersama-sama berganding bahu dalam menyelesaikan setiap arahan dan tugasan yang diberikan. Program ini mampu mmbuka ruang dan menambah ilmu pengetahuan dengan lebih banyak dan bermanfaat.
Sekian.
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011.
0 support:
Post a Comment