'Bollywood Nite' Sempena Pesta Konvokesyen Ke-24 UUM

>> Wednesday, October 05, 2011

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Sempena Pesta Konvokesyen ke-24 Universiti Utara Malaysia (UUM) yang berlangsung selama 10 hari bermula dari 28 September hingga 7 Oktober 2011, kumpulan kebudayaan UniMAP telah dijemput oleh pihak penganjur untuk mengadakan persembahan pada hari ketiga pesta yang bertemakan ‘Bollywood Nite’. Dibawah penyeliaan unit kesenian dan kebudayaan HEPA dan dibantu oleh Exco Kebudayaan, Kesenian dan Perpaduan Majlis Perwakilan Pelajar, UniMAP mempertaruhkan kumpulan dikir barat dan tarian sebagai persembahan pada malam pesta tersebut. Jemputan tersebut adalah susulan daripada kejayaan Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP sesi 2010/2011 menganjurkan Festival Konvokesyen ke-6 (FestKon) UniMAP baru-baru ini yang dihadiri juga oleh beberapa buah universiti utara. Selain itu, kehadiran kami juga sebagai tanda terima kasih kepada pihak UUM yang sudi hadir menyertai aktiviti dan memeriahkan Festival Konvokesyen ke-6 UniMAP anjuran Majlis Perwakilan Pelajar UniMAP sesi 2010/2011 pada bulan yang lalu. Diharapkan jalinan ikatan antara IPTA di Malaysia terus terjalin dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada mahasiswa.

Sekian.
Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010/2011.

0 support:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP