Seminar Transformasi Sistem Pengurusan Islam 2011

>> Saturday, October 15, 2011

Seminar Transformasi Pengurusan Islam 2011 merupakan program yang dianjurkan oleh Pejabat Penasihat Agama kepada Perdana Menteri dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia. Program ini telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) selama 3 hari di mana perasmian program yang berlangsung pada malam 30 September 2011 telah dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. UniMAP telah menghantar seramai 6 orang wakil di kalangan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk menghadiri program tersebut iaitu Sarinah Binti Jamil, Siti Arinah Binti Ahmad, Walisah Binti Laiji, Syazwani Binti Nazri, Waffy Bin Nasrudin dan Mohd Syazwan Bin Daud.

            Antara aspek yang dibincangkan sepanjang berlangsungnya seminar ini ialah islam dari segi pendidikan, perundangan dan ekonomi. Antara aktiviti yang dianjurkan sepanjang seminar ini ialah forum dan pembentangan kertas kerja dari wakil institusi. Para peserta juga berpeluang mengemukakan persoalan berkaitan untuk pencerahan bersama.

            Harapan semoga program seperti ini yang lebih mendedahkan diri mahasiswa/i UniMAP dengan sistem pengurusan islam di Malaysia dapat diteruskan pada masa akan datang dan seterusnya bersama-sama membantu pembangunan ummah di Malaysia.   

0 support:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP